Sukan

5 pemain terbaik EURO 2016 setakat ini

Kejohanan EURO 2016 menyaksikan beberapa individu yang telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan. Menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kami sajikan kepada anda lima pemain paling menyerlah setakat ini:

Dimitri Payet (Perancis)

France v Albania – Group A: UEFA Euro 2016

Liga Perancis sudah lama menitikberatkan kemampuan Payet namun jaguh-jaguh terbesar seperti PSG dan Olympique Lyonnais tidak terfikir untuk mengambil kesempatan ke atas bakatnya. Kini, dia sudah menjadi tunjang utama skuad Les Bleus ekoran kempen membanggakan bersama West Ham United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dua jaringan pada saat-saat terakhir dalam dua perlawanan membuktikan Payet adalah aset terbesar dalam skuad kendalian Didier Deschamps. Lebih lagi, dia mampu menyerlah biarpun dikelilingi pemain-pemain taraf dunia seperti Paul Pogba, Antoine Griezmann dan Blaise Matuidi.

Andres Iniesta (Sepanyol)

Spain v Czech Republic – Group D: UEFA Euro 2016

Lebih dikenali sebagai El Maestro, Iniesta merupakan antara pemain paling senior dalam barisan Sepanyol namun penngaruhnya tidak dapat diketepikan. Tidak ramai yang memiliki visi di atas padang seperti Iniesta begitu juga dengan skil kawalan bola serta hantaran bola yang tepat.

Menjelang sepak mula EURO 2016, Sepanyol terpaksa melalui kritikan hebat bahawa era generasi emas sudah tamat dengan kehilangan Xavi, Xabi Alonso, David Villa dan Carles Puyol. Namun begitu, Iniesta adalah bukti bahawa juara bertahan mampu memberi cabaran sekali lagi dalam perjalanan mempertahankan gelaran mereka.

Gareth Bale (Wales)

England v Wales – Group B: UEFA Euro 2016

Apa beza Bale, Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic? Pemain Wales ini merupakan sandaran utama negaranya namun dia prestasinya tidak mengecewakan tahun ini tatkala sikap berkerjasama Bale adalah perbezaannya. Dia tidak bermain untuk menjadi fokus surat khabar, malah dia hanya mampu membantu rakan-rakan sepasukannya.

Bagaimanapun, dia telah menjaringkan dua gol setakat ini antaranya sepakan percuma jarak jauh yang membuat kesemua pemain barisan England terkejut dan tergamam. Kekalahan kepada England pasti mengecewakannya, tetapi Wales masih mempunyai peluang emas untuk merampas satu slot kelayakan ke peringkat kalah mati jika berjaya menewaskan Russia.

Leonardo Bonucci (Itali)

Belgium v Italy – Group E: UEFA Euro 2016

Penganalisis bola sepak sering mengatakan, permainan taktikal terbaik di dunia datang daripada Itali. Kadangkala, pendekatan pertahanan boleh dianggap sedikit membosankan dalam kejohanan berprestij seperti EURO 2016, tetapi tidak dapat dinafikan corak permainan Itali sangat kemas kali ini.

Bonucci merupakan salah satu faktor terbesar kali ini dalam formasi terbaru Antonio Conte yang menyaksikan kehadiran tiga pemain pertahanan tengah. Sambil memberi khidmat kepada negaranya, Bonucci kini dianggap sebagai sasaran utama pengendali baharu Manchester United, Jose Mourinho.

Jerome Boateng (Jerman)

Germany v Ukraine – Group C: UEFA Euro 2016

Barisan juara dunia, Jerman kelihatan kurang motivasi di jentera serangan dan Joachim Loew perlu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin apa tidaknya dia tidak menurunkan seorang penyerang dalam perlawanan terakhir.

Apa pun, benteng pertahanan Jerman terjamin dengan prestasi Jerome Boateng menjadi tumpuan kali ini. Bekas pemain Manchester City itu dianggap sebagai pemain pertahanan terbaik dunia tahun ini dan berjaya membawa konsistensi itu ke dalam kempen EURO 2016.

Lagi pemain menyerlah:

Dua pemain lain yang perlu diberi kepujian adalah Luka Modric (Croatia) dan Marek Hamsik (Slovakia) disebabkan kedua-dua perancang licik ini telah memastikan pasukan masing-masing tidak diketepikan dengan begitu mudah. Selain itu, Modric dan Hamsik meledakkan antara gol paling hebat dalam EURO 2016 setakat ini.

Tags
Show More

Related Articles