Teknologi

TV 4K UHD Jenama Hisense, Murah Tetapi Berbaloi?

Dalam industri peralatan elektronik (terutama sekali televisyen), hanya ada empat nama syarikat yang menjaminkan kualiti yang tertinggi iaitu Panasonic, Samsung, LG dan Sony. Tetapi, pernahkah anda terpandang nama Hisense baru-baru ini?

Secara jujurnya, penulis juga masih dalam proses membuat pilihan TV baharu di kedai dan sekali lagi, SECARA JUJURNYA, produk-produk Hisense tidak menunjukkan kualiti yang sama taraf dengan keempat-empat nama di atas. Namun, ada satu produk yang bikin penulis kagum dan kodnya adalah Hisense 50K321UW.

Kami mahu kualiti yang terbaik pada zaman moden, jadi kita perlu mengambil kesempatan ke atas teknologi resolusi 4K yang disertai skrin Ultra-High Definition (UHD). Malangnya spesifikasi setinggi itu pasti diiringi nilai harga yang sangat tinggi (boleh buat downpayment kereta import!).

Hisense 50321UW memiliki kecanggihan 4K, Intenet TV dan bersaiz 50 inci! dan bernilai kurang RM2,500. Walaupun ‘user interface’ dianggap sangat biasa berbanding jenama-jenama lain, Hisense mampu menghasilkan produk yang menepati janjinya iaitu spesifikasi tinggi dan harga mampu dimiliki.

Pada pendapat penulis, ia merupakan satu pilihan yang perlu dilihat dalam kedai sekurang-kurangnya apatah lagi jenama Hisense tidak begitu meyakinkan. Pastikan anda mencari kod 50K321UW kerana produk-produk lain tidak berada ditaraf yang sama.

Secara keseluruhan, penulis tetap berpendapat sekiranya mampu, kunjungilah kedai-kedai Panasonic, Samsung, LG atau Sony kerana kualiti mereka ternyata lebih tinggi dan terjamin. Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai bajet yang sempit, jangan lupa nama Hisense.

Akhir sekali, satu tip yang ingin diberikan kepada anda: Sila buat perbandingan kualiti Hisense 50K321UW dengan produk-produk berjenama yang memiliki harga sama. Sebagai contoh, TV Hisense bernilai RM2,500 perlu dibandingkan dengan TV Samsung bernilai RM2,500.

Show More

Related Articles

Back to top button