Ya, kami faham yang ini mungkin kali pertama anda ke luar negara dan anda mahu kongsikan berita gembira ini pada seluruh dunia.
Atau mungkin anda sememangnya seorang yang sering mengembara ke luar negara dan hanya mahu mengongsikan pengamalan anda itu.

Dan, di mana lagi kalau bukan Facebook, Instagram, dan Twitter untuk dijadikan medium bagi menyampaikan “info” ini, bukan?
Sudah semestinya, cara yang paling “merendah diri” untuk anda menyampaikan info ini adalah dengan mengambil gambar passport bersama dengan boarding pass anda, dan kemudian langsung memuat naiknya ke laman-laman sosial yang kami nyatakan tadi.
Tetapi, sekiranya anda membaca artikel ini, ini adalah masanya untuk anda sedar bahawa perbuatan itu akan membawa anda kepada beberapa kesan yang serius.
Menurut KrebsonSecurity, terdapat sebuah laman web yang boleh membaca kod bar pada boarding pass anda dan kemudian membolehkan seorang hacker itu untuk memperolehi maklumat peribadi anda — termasuk nombor telefon anda, alamat anda, dan maklumat tentang semua penerbangan masa depan anda dengan hanya menggunakan nombor tempahan yang sama.
Ini bermakna mereka boleh menukar tempat duduk anda dalam penerbangan, membatalkan penerbangan masa depan anda, dan juga menetapkan semula PIN akaun anda dengan sepenuhnya.
Jadi, pada pengembaraan anda yang seterusnya pada masa hadapan, jika anda mahu “mengupdate” rakan-rakan anda di media sosial, hanya beritahu destinasi anda sahaja pada kapsyen dalam gambar yang anda akan memuat naik nanti dan bukannya gambar boarding pass atau passport anda.