Gaya HidupKecantikan

Ini Adalah Cara Syampu Rambut Yang Akan Menjimatkan Masa Anda

Bagi orang-orang yang mengambil masa yang sangat lama untuk mendandan diri mereka, untuk syampu dan merapi rambut mereka akan mengambil masa mungkin selama separuh hari.

Tambah-tambah lagi, apabila dry syampu tidak lagi dapat bantu mereka menangani kotoran dan minyak yang terkumpul pada rambut mereka.

Tapi, jangan risau, kerana Jeffrey Jagling, seorang pendandan rambut, telah memperkenalkan satu trik di mana akan membantu anda menjimatkan masa yang sangat banyak!

 hairloss

Selalunya, apabila anda syampu, anda akan mula-mula syampu keseluruhan rambut anda dan bilas, kemudian merapi dan bilas, bukan?

Kini, anda tidak lagi perlu melakukan langkah-langkah itu, kerana kini sudah ada kaedah yang lebih mudah untuk menyelesaikan rutin-rutin itu sekaligus dalam masa yang sama!

Menurut Jeffrey, daripada menyapu syampu di seluruh rambut anda, anda hanya boleh menyapunya hanya pada akar rambut anda dan sapukan perapi hanya pada hujung rambut anda.

“Syampu pada asasnya  bertujuan untuk membersihkan minyak dan pembentukan pada akar rambut anda, jadi jika anda menggunanya dikeseluruhan rambut anda ia boleh membuatkan hujung rambut anda kering,” jelas Jagling.

Dengan mengaplikasikan kedua-dua langkah ini pada masa yang sama, akan memberikan anda akar yang lebih bersih, hujung rambut yang lembap, dan dapat menjimatkan masa anda.

1464363919-syn-wdy-1464208252-shampoo-conditioner-shocker-hair-hack

 

Sekiranya rambut anda memerlukan kelembapan tambahan, anda boleh bilas pusingan pertama syampu dan perapi tadi, kemudian menyapu semula perapi buat kali kedua ke seluruh rambut anda. Biarkan selama beberapa minit dan rambut anda akan dapat kelembapan yang anda inginkan itu.

 

 

 

 

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/beauty/hair/a38684/shampoo-conditioner-hair-hack/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker