Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Suka Telan Gula-Gula Getah? Ini Apa Yang Berlaku Kepada Badan Anda

Beautiful girl taking pink chewing gum

Berdasarkan tajuk itu, anda mungkin sudah tahu sedikit sebanyak tentang penghujung kisah ini.

Ya, mungkin sudah 99% daripada populasi manusia tahu apa itu gula-gula getah.

Ada yang suka mengunyahnya dan ada juga yang tidak suka. Malah, ada ramai yang suka menelan gula-gula tersebut daripada membuangnya.

Tapi, tahukah apa yang akan berlaku kepada badan manusia sekiranya menelan gula-gula tersebut?

Anda mungkin pernah mendengar cerita dulu-dulu yang mengatakan jika anda menelan gula-gula getah, ia akan terperangkap di dalam perut anda sehingga tujuh tahun (atau mungkin sampai bila-bila).

Tetapi, apakah penjelasan dari aspek sains pula tentang isu ini? Adakah ia juga menyokong dakwaan yang sama seperti cerita zaman dulu itu?

Berikut adalah penjelasan daripada sebuah video daripada sebuah akaun Youtube “Reactions”, yang berfokuskan bidang kimia, terhadap isu ini.

Menurut mereka, gula-gula getah diperbuat daripada empat bahan, iaitu pemanis, perisa, agen pelembut/pukal dan asas getah.

Asas getah ini diperbuat daripada polimer. Khususnya, gula-gula getah ini diperbuat daripada getah butil yang juga mengandungi karbohidrat, minyak, dan alkohol — merupakan semua elemen yang boleh dihapuskan oleh enzim dalam air liur anda.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa badan kita tidak mempunyai enzim untuk memecahkan polimer getah di dalam gula-gula getah tersebut.

Ini bermakna apabila anda menelan gumpalan gula-gula getah yang sudah tidak mempunyai perisa, ia tidak dapat dipecahkan dan akan kekal dalam bentuknya semasa ia bergerak di dalam perut anda.

Selain itu, asid perut anda juga tidak boleh memecahkan getah yang membuat gula-gula getah itu.

K-swallowGum-enHD-AR1

Tetapi berita baik buat anda adalah, anda tidak perlu risau sekiranya tertelan gula-gula getah, kerana ia tidak akan kekal di dalam perut anda selama bertahun-tahun lamanya seperti yang dikatakan dalam cerita zaman dulu itu.

Ini disebabkan, setiap hari kita akan makan banyak makanan yang berlainan, dan badan kita hanya boleh mencerna sebahagian daripada makanan tersebut tanpa sebarang isu untuk mereka lalu di jalan pencernaan kita dan mereka dalam masa yang sama akan menolak gula-gula getah itu bersama-sama dalam proses pencernaan.

Jadi, daripada kekal di dalam perut kita selama bertahun-tahun, ia hanya akan mengambil masa selama satu atau dua hari untuk dicerna.

Kesimpulannya, ini terbukti bahawa cerita kuno itu tidak benar sama sekali. Tetapi, ini tidak bermakna yang anda boleh menelannya setiap kali anda kunyah gula-gula getah, kerana ia mungkin akan membawa masalah lain pada anda yang kita tidak tahu.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/health/wellness/news/a38769/what-happens-when-you-swallow-gum/, https://youtu.be/_R6R_V9xkAo

Show More

Related Articles

Back to top button