SukanTeknologi

Penajaan Logitech satu langkah besar oleh KL Hunters dan Malaysia.

Syarikat peralatan gaming ternama, Logitech mengesahkan penajaan bagi pasukan League of Legends (LoL) negara, Kuala Lumpur Hunters (KLH).

Ini merupakan satu penajaan yang membanggakan kerana KL Hunters membuktikan Malaysia mempunyai peluang cerah dalam arena E-Sukan.

Mereka membuktikan bahawa usaha dan kerja keras mereka untuk memberi tumpuan keseleuruhan kepada gaming tidak disia-siakan.

Menurut pengurus pasukan KL Hunters, Jeffery “Vyprex” Chan:”Perjanjian ini merupakan satu langkah besar untuk mengembangkan arena E-Sukan di Malaysia.

“Tajaan ini akan membantu untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur pasukan dan memberikan para pemain peralatan gaming yang terbaik.”

Memang benar peralatan profesional adalah senjata utama bagi setiap pasukan dan memainkan peranan yang besar sama seperti strategi dan taktikal pasukan.

KLHunters

Selaku juara bertahan The League Circuit (TLC) 2016 dan satu-satunya pasukan profesional LoL di Malaysia , KL Hunters berharap untuk mendominasi kejohanan TLC sekali gus menempahkan slot dalam kejohanan Asia Tenggara iaitu Liga Perdana Garena (GPL).

Dalam pada itu, juara GPL akan mendapat slot kelayakan secara wildcard bagi Kejohanan Dunia yang menyaksikan pertembungan antara pasukan-pasukan terbaik dari Amerika Utara, Eropah, Korea Selatan dan lain-lain.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker