FesyenGaya Hidup

Apa Sebenarnya Kegunaan Butang Kecil Pada Jeans Anda Tu?

Seluar jeans adalah antara pakaian yang ramai orang minat untuk pakai. Disebabkan materialnya yang kukuh dan selesa, ramai yang memilihnya sebagai pakaian utama mereka hari-hari.

Tambahan pula, kerana reka bentuknya yang bersahaja dan kemas, membuatkan ia boleh dipadankan dengan apa-apa jenis baju sekalipun yang anda ingin padankan!

 JACK-JONES-copper-rivet-on-jeans

Pernahkah anda perasan dengan butang logam kecil yang ada pada poket anda itu?

Untuk menjawab persoalan yang cukup misteri ini, kami telah menemui satu fakta yang akan meletakkan kita satu langkah lebih dekat dengan menyelesaikan semua enigma mengenai butang seluar ini.

Menurut laporan daripada Elite Daily, walaupun butang-butang logam kecil yang ada pada jeans anda itu kelihatan seperti butang yang biasa, hakikatnya, ia sebenarnya bukan butang! Mereka dipanggil rivet dan kewujudan mereka bukanlah untuk dipasang pada mana-mana butang lain.

Rupa-rupanya, rivet telah dijahit di situ untuk mengelakkan daripada berlakunya haus dan lusuh pada sudut-sudut kelim poket anda. Disebabkan poket anda sering melalui ketegangan yang kuat apabila anda duduk atau apabila anda meletakkan apa-apa objek di dalam mereka, rivet itu berfungsi untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian “terkoyak” antara poket anda dengan seluar anda.

Jadi, sudah terjawabkan persoalan anda selama ini? Lain kali jangan cuba untuk lekatkan apa-apa butang  pada logam kecil itu, kerana ia bukan butang!

Sumber: http://www.womansday.com/style/fashion/a54804/little-buttons-on-jeans/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button