FesyenGaya HidupKesihatan

Mahukan Selipar Jepun Yang Lebih Selesa? Ikut Cara ini

Selipar Jepun atau ‘flip-flop’ adalah antara alas kaki yang diminati ramai kerana sifatnya yang mudah dikendalikan dan selesa.

Namun, jika anda kerap memakainya ia akan meninggalkan beberapa luka yang serius, terutamanya di antara jari kaki anda.

Jadi, ini adalah nasihat daripada pakar-pakar dari Kolej Podiatry, Matthew Fitzpatrick dan Michael O’Neill di GoodHousekeeping, tentang hal ini.

 

Antara Kesakitan Akibat Selipar

Menurut mereka, “Flip-flop adalah pilihan nombor satu orang ramai pada musim panas, tetapi disebabkan struktur selipar tersebut, anda boleh terasa sakit tumit atau sakit di tengah kaki, serta mendapat lepuh antara ibu jari kaki” jelas Matthew .

Kedua-dua perawat kaki mencadangkan untuk menggunakan sandal yang mempunyai struktur yang lebih teguh atau yang tidak mempunyai penahan di antara ibu jari kaki anda sebagai pilihan tetapi jika anda lebih suka flip-flop, mereka mencadangkan anda untuk mengikut nasihat ini untuk pemakaian yang lebih selesa:

 

  • Elakkan flip-flop anda daripada basah atau berjalan jauh dengan memakai mereka, kerana anda lebih cenderung untuk terkena kerengsaan.

 

 

  • Eksperimen dengan flip-flop yang menggunakan penahan kain dan bukannya yang plastik – kerana beberapa orang mendapati ini lebih selesa dan menyebabkan kesakitan yang kurang di antara jari kaki mereka.

 

  • Beli beberapa pelindung kaki silikon, yang boleh didapati dari farmasi, kerana ini boleh melindungi anda dari terkena beberapa geseran.

 

 

  • Jika anda mempunyai lepuh, berhenti memakai flip-flop dan basuh lepuh sebelum menyapu antiseptik kepadanya. Jangan berjalan di sekitar laluan pejalan kaki yang sarat dengan bakteria dengan lepuh yang terdedah, kerana ia akan menyebabkan jangkitan.

Show More

Related Articles

Back to top button