Gaya HidupKecantikan

Dalam Minyak Wangi Anda Ada Air Kencing? Jawapannya adalah…

Jika sebelum ini anda pernah membeli minyak wangi yang berjenama yang pada asalnya berharga sangat mahal tetapi dijual secara borong dan murah (mungkin di pasar malam), oleh itu, jawapannya adalah BETUL!

 CkIiLUpWkAEqTVo

Menurut laman web Woman’s Day, pihak berkuasa telah merampas minyak wangi palsu yang dijual dengan harga yang sangat murah kerana didapati terkandungnya bahan antibeku dan air kencing yang sebenar. (Susah untuk percaya bukan?)

Lima lelaki telah ditangkap ketika mereka sedang mengedar dan menjual semula minyak wangi berjenama yang palsu dan penuh dengan bahan-bahan yang menjijikkan ini. Ketika itu, mereka sedang mengimport wangian generik dan pembungkusan palsu untuk wangian popular seperti Marc Jacobs Daisy dan Chanel No.5, dan semasa polis menangkap mereka, mereka sudah mempunyai kira-kira 10,000 botol sedia untuk dijual.

cheap-perfume

Selain daripada bahan antibeku dan air kencing, pihak berkuasa berkata, minyak wangi itu juga mengandungi “bahan-bahan lain yang tidak menyenangkan, mudah terbakar atau bahan kimia berbahaya lain yang akan membuat kulit anda melecur apabila digunakan.”

Walaupun individu-individu yang didapati bersalah itu telah dikenakan hukuman penjara  sehingga 30 tahun, ia tidak memberikan apa-apa impak kepada masalah ini kerana ia bukan hanya produk minyak wangi sahaja yang membahayakan – kerana jenayah seperti ini bukan hanya berlaku di Amerika.

 

Wholesale-Cosmetics

 

Tahun lepas, bertan-tan produk kosmetik palsu di U.K. didapati mempunyai tahap merkuri, arsenik, dan plumbum yang terlalu tinggi – yang boleh membunuh anda. Tambahan pula, mereka turut menjual alat penggaya rambut  tiruan yang boleh menyebabkan kejutan elektrik apabila anda menggunanya.

Oleh itu, berhati-berhatilah apabila anda mahu membeli apa-apa produk sekali pun. Jika harga produk-produk itu memang jelas-jelas nampak mencurigakan, pilihan yang terbaik adalah, JANGAN BELI.

Sumber: http://www.womansday.com/style/beauty/news/a55094/fake-counterfeit-perfumes/

Show More

Related Articles

Back to top button