SukanTeknologi

Kesemua info tentang FIFA 17

Bagi peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris (BPL), kemenangan ajaib Leicester City adalah satu kehormatan yang cukup besar.

Namun dengan kemnunculan musim baharu tidak lagi, permainan video baharu juga diperkenalkan dan apa lagi kalau bukan FIFA 17.

Cara permainan dan kecanggihan baharu diumumkan

Antara perkara-perkara yang paling menarik dalam FIFA17 adalah kempen pemain perseorangan yang mengikuti kehidupan dan karier Alex Hunter.

Ia merupakan permainan berjalan cerita yang mengisahkan kehidupan Alex yang berdepan cabaran-cabaran getir demi merealisasikan impiannya sebagai pemain bolasepak profesional. Apa yang pasti menjadi tarikan adalah unsur-unsur perfileman yang digunakan untuk menceritakan kisah ini buat kali pertama dalam francais FIFA.

Selain itu, pengurus pasukan akan dimasukkan ke dalam game buat kali pertama dengan pengendali Manchester United, Jose Mourinho menjadi tunjang utama kali ini.

FIFA 17 mengesahkan kegunaan enjin Frostbite terbaru yang membenarkan mereka menghasilkan grafik dan imej berkualiti seperti yang di bawah:

Tarik pengeluaran FIFA 17

Trailer FIFA 17 turut mengumumkan bahawa edisi terbaru francais bolasepak paling popular di dunia boleh dibawa pulang bermula 27 September, 2016.

Jadi anda boleh terus mengikuti perkembangan di laman YouTube EA Sports FIFA.

Bintang Cover FIFA terbaru

image.img

James Rodriguez (Real Madrid), Eden Hazard (Chelsea), Anthony Martial (Manchester United) dan Marco Reus (Borussia Dortmund) merupakan empat bintang bolasepak yang menjadi tumpuan tahun ini.

Masih tiada lagi berita mengenai kehadiran Lionel Messi sekali lagi gara-gara bintang Barcelona itu dikhabarkan tidak akan memperbaharui kontraknya bersama FIFA.

Bagaimanapun, kemuncul keempat-empat pemain ini bermakna FIFA sedia melakukan pembaharuan besar tahun ini.

Apa lagi yang baharu?

Apakah pasukan antarabangsa wanita akan mendapat pembaharuan? Setelah diperkenalkan buat kali pertama tahun lepas, pemain-pemain boleh mengharapkan penambahan dari segi pasukan negara yang dianggap terlalu terhad tahun lepas.

Selain itu, adakah kami akan melihat kemunculan pasukan-pasukan daripada Liga Super China tahun ini? Ia pasti berada dalam perancangan pengusaha liga tersebut jika serius mahu dianggap kuasa dalam arena bolasepak.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker