Teknologi

Fakta-fakta menarik tentang LG

Biarpun tidak bersaing di taraf yang sama seperti Samsung dan Apple yang mendominasi dunia teknologi terutama sekali dalam industri telefon pintar, LG tidak boleh diketepikan.

Untuk pengetahuan anda, LG merupakan pembuat telefon pintar ketiga paling popular di Amerika Syarikat sejak Febuari 2016.

Artikel ini bertujuan untuk mendedahkan beberapa fakta-fakta menarik sekali gus menyenaraikan pencapaian LG.

1. Asalnya dikenai sebagai ‘GoldStar’

Print

GoldStar ditubuhkan pada 1958 selepas perang Korea dengan harapan menjadi syarikat yang membawa industri elektronik ke hadapan melalui barang-barang seperti penghawa dingin, peti sejuk, televisyen, mesin basuh baju dan lain-lain.

2. LG tidak bermakna ‘Life’s Good’.

228848_NXYXBQILwuxN4zWQoGHVgaqe8

GoldStar memiliki satu lagi entiti bernama Lak-Hui Chemical. Kemudian, nama syarikat diubah kepada Lucky-GoldStar sebelum dipendekkan kepada LG.

Lebih lagi, slogan popular ‘Life’s Good’ bukanlah slogan yang pertama digunakan LG. “Future’s Technology” digunakan dari 1997-1999, dan “Digitally Yours” dari 1999-2004.

3. LG memperkenalkan telefon ‘capacitive touch screen’pertama di dunia!

lg-prada

Sebelum ini, teknologi ‘touch screen’ tidak begitu responsif dan tepat kerana bergantung kepada kekuatan tekanan jari.

LG KE850, lebih dikenali sebagai LG Prada merupakan peranti pertama untuk mendedahkan teknologi baru ini. Atas kertas ia dilengkapi skrin 3 inci, memori 8 GB, sambungan 2G. Lebih daripada 1 juta unit dijual dalam 18 bulan pertama

4. Pakar televisyen!

WEBOS_1

LG merupakan syarikat kedua paling popular di dunia untuk menghasilkan televisyen! Biarpun 20.98 peratus daripada pengguna sedunia menggunakan produk Samsung, LG diwakili 12.4 peratus.

5. Syarikat pertama menggunakan teknologi skrin lengkung!

lg-g-flex-2

LG G Flex merupakan peranti pertama yang dihasilkan daripada rangka fleksibel yang boleh dibengkok dari segi reka bentuk.

Biarpun ramai menganggap kecanggihan ini sebagai satu gimik, ia berjaya menampilkan imej bahawa produk-produk LG lebih tahan lasak berbanding peranti lain.

6. Telefon pintar modular pertama!

AndroidPIT-lg-g5-friends-0428-w782

LG G5 merupakan telefon pintar modular pertama yang boleh dicabut dan dipasang semula dengan beberapa aksesori baharu.

Antaranya grip kamera, pembesar suara berkelas tinggi, robot khas dan banyak lagi aksesori yang dikenali sebagai LG Friends.

Jadi apakah tujuan artikel ini? Bukanlah satu artikel promosi namun keberanian LG untuk menjadi syarikat pertama untuk memperkenalkan teknologi baharu tidak boleh dilupakan.

LG adalah syarikat pioneer dalam industri elektronik.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker