Gaya HidupKesihatan

Di Amerika, Hospital Melarang Pelawat Daripada Membawa Bunga & Belon Kerana…

Sebelum anda pergi melawat rakan-rakan anda yang berada di hospital di sekitar Amerika Syarikat, pastikan anda berhati-hati dengan apa yang anda bawa sebagai buah tangan kepada pesakit, kerana ia mungkin akan membuatkan anda dilarang daripada masuk untuk berjumpa dengan pesakit.

Walaupun niat anda hanyalah untuk menceriakan si pesakit, pusat-pusat perubatan di sana tetap mengharamkan bunga, belon, dan patung haiwan bagi tujuan untuk mengurangkan risiko daripada jangkitan dan alahan terhadap pesakit, menurut laporan daripada The Wall Street Journal.

 BN-OI129_hjourn_H_20160603165547

Unit rawatan rapi, bilik pembedahan dan sebagainya telah pun  mengikuti peraturan ini selama beberapa dekad lalu, dan kini lebih banyak kawasan menghadapi sekatan yang sama, seperti area pediatrik dan bilik bersalin. Ya, ini bermakna belon juga tidak dibenarkan, terutamanya apabila mebilatkan pesakit yang ada alahan kepada getah (bahan yang biasanya ada dalam belon).

Namun begitu, tidak ada satu pun kes setakat ini yang telah menunjukkan bahawa dengan sejambak bunga, telah menyebabkan kepada apa-apa kes jangkitan atau kematian. Malah, Pusat Kawalan Penyakit juga telah melaporkan bahawa ianya adalah “minimum atau tiada bukti” yang menunjukkan bahawa bunga, tumbuh-tumbuhan ada sebarang kaitan dengan peningkatan terhadap risiko terhadap jangkitan. Sebaliknya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa bunga boleh membantu pesakit untuk pulih dengan lebih mudah.

Walaupun dengan maklumat yang sedia ada ini, kebanyakkan hospital masih tidak mengubah peraturan mereka, kerana bagi mereka, setiap langkah yang mereka ambil, besar efeknya kepada kesihatan setiap pesakit mereka. Jadi, lain kali sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar atau membawa hadiah, jangan lupa untuk membaca polisi hospital tersebut terlebih dahulu untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/health/news/a38853/hospital-ban-flowers-balloons-allergies/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker