Gaya HidupTeknologi

The Flak Sack: Satu-satunya Beg Yang Anda Perlukan Dalam Hidup Anda!

Industri syarikat beg Lactote telah melancarkan produk baru mereka pada 5 April lalu , dan tujuan utama mereka adalah untuk membantu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dalam hidup setiap pengembara atau mereka yang aktif di luar sana – iaitu di mana untuk menyimpan barang-barang peribadi dan barang-barang berharga seperti dompet, beg tangan, barangan elektronik, kunci, barang kemas, dan pasport adalah sukar apabila anda tidak boleh memerhatinya sepanjang masa.

Apabila ditinggal, walaupun tersembunyi dalam poket kot, kasut, atau beg anda, barang-barang ini adalah sasaran yang paling mudah untuk dicuri.

hbcptseygvxnkkbyttb1

Flak Sack yang lembut, fleksibel, dan menarik ini adalah ibarat peti keselamatan mudah alih untuk barang-barang berharga anda. Ia digabung dengan mekanisme mengunci yang tersembunyi yang membolehkan ia untuk dikunci dengan sendirinya dan pada mana-mana objek yang pegun.

Mekanisme ini adalah amat sukar untuk dipotong, dan lebih-lebih lagi ia juga telah diuji sangat kebal walaupun telah mengendalikan berat lebih daripada 1,000 lbs.

Selain itu, beg itu juga diperbuat daripada kain yang amat tahan daripada potongan gunting atau pisau. Untuk membuktikan hal ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu telah merakam video dirinya di mana dia ‘diserang’ dengan pisau sambil memakai t-shirt yang diperbuat daripada material yang sama dengan beg tersebut, dan percaya atau tidak, tiada sebarang kecederaan pun yang ada padanya.

 featuresblackrope15_j9f8my

Anda rasa itu hebat? Tunggu sehingga anda tahu bahawa beg itu mempunyai poket kalis air di dalamnya! Ya – Beg Flak Sack ini mempunyai poket kalis air yang besar, dipenuhi dengan bahan pelindung RFID dan menjadikan ia mustahil untuk sesiapa yang mahu mengimbas data peribadi anda melalui beg itu. Hebat bukan?

“Beg ini adalah beg yang semua orang harap mereka dapat miliki dalam hidup mereka” kata Don Halpern, pengasas LOCTOTE dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Tujuan kami mencipta beg ini adalah untuk memudahkan hidup semua orang, kerana kadang-kadang kita hanya perlu tempat yang selamat untuk menyimpan barang-barang kita, ketika sibuk melakukan perkara lain.”

loctote-orange-turks 750xx3000-1688-0-156

Pada mulanya, satu-satunya cara untuk mendapatkan beg LOCTOTE ini adalah melalui Kickstarter di laman web https://www.kickstarter.com/projects/967296713/the-theft-proof-drawstring-backpack . Tetapi, pada akhir kempen Kickstarter itu, syarikat itu telah mengumumkan yang mereka akan membuat beg Flak Sack ini boleh dibeli melalui laman web mereka di http://www.loctote.com.

Jadi tunggu apa lagi? Segera dapatkan beg yang hebat ini dan buat hidup anda lebih mudah!

Sumber: http://www.broadwayworld.com/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker