Teknologi

HTC dan Huawei cipta Google Nexus baharu?

Selepas peranti Nexus 6P diberi jolokan ‘Raja Android 2015’, syarikat-syarikat ternama melihat prospek diberi tanggungjawab menghasilkan edisi seterusnya adalah satu penghormatan besar dalam dunia teknologi.

Setiap tahun Google akan memilih sebuah syarikat sama ada Huawei, HTC, Motorola ataupun Samsung untuk membantu dari segi reka bentuk dan hardware. Pada masa yang sama, Google menggunakan Nexus terbaru untuk mendedahkan sistem dan software Android terbaru secara rasmi kepada orang ramai.

Nutella

Kali ini, Google bakal melancarkan sistem Android N (belum mendapat nama penuh), jadi siapa mampu menggalas tanggungjawab  menghasilkan salah satu peranti paling penting pada setiap tahun.

Dikhabarkan HTC akan diberi kepercayaan semula ekoran HTC 10 yang membuktikan syarikat Taiwan itu mampu bangkit dan belajar daripada kesilapan mudah. HTC juga mempunyai pengalaman luas bekerjasama dengan Google ketika melancarkan Nexus 1, 5 dan 9 sebelum ini.

Bagaimanapun, berita melaporkan bahawa Google akan mengekalkan persahabatan bersama Huawei sekali lagi biarpun Nexus 6P merupakan percubaan pertama. Sebagai jalan penyelesaian, Google mungkin akan mengeluarkan dua Nexus daripada HTC dan satu lagi daripada Huawei hujung tahun ini.

Edisi terbaru juga perlu berada di tahap yang sama apatah lagi telefon pintar seperti Samsung Galaxy S7 Edge, LG G5 dan Moto Z menampilkan kecanggihan hebat kali ini.

Apa yang diperlukan:

1) Memori kad slot – Kesemua peranti terbaik sudah mengamalkan trend ini semula.
2) Penambahan RAM kepada 4GB atau lebih –  RAM 3GB tidak mencukupi bagi 2016, sekurang-kurangnya RAM 4GB sehingga 6GB.
3) Prosesor Qualcomm  Snapdragon terbaru–  Disebabkan dilancarkan pada hujung tahun, Nexus boleh menampilkan prosesor yang lebih mantap daripada Snapdragon 820 (awal 2016).
4) Optical Image Stabilization – Sayangnya kamera hebat Nexus 6P tidak memiliki kestabilan untuk mengambil gambar dalam situasi gelap. Diharapkan kemudahan ini diperkenalkan.
5) Satu perkara ‘WOW!’ – Modular? Dua Kamera Utama? RAM 6GB? Virtual Reality? Nexus perlu ada faktor WOW!

Bagi penulis, Nexus 6P merupakan peranti paling menyesal tidak dibeli tahun lepas pada harga RM2698!

Anda perlu menikmati keindahan stock Android seperti saya! Saya tak sabar untuk melihat peranti Nexus terbaru!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.