SukanTeknologi

Gelanggang ais Sunway jadi medan pertempuran atlet eSukan!

Sudah bertahun-tahun ASUS telah memberi keutamaan kepada dunia gaming. Impian ini melahirkan jenama Republic of Gamers (ROG) dengan harapan mencipta arena gaming yang paling inovatif dan kompetitif bagi gamers.

Tahun ini, ASUS Malaysia bakal menganjurkan kejohanan eSukan terbesarnya – ROG Champions Cup – satu kejohanan League of Legends (LoL) bersama hos permainan utama iaitu Garena.

Kejohanan ini akan disertai pasukan-pasukan terbaik yang bakal mewakili negeri tersayang mereka. Setlah kesemua negeri menjalani kempen kelayakan awal, pasukan-pasukan yang layak mewakili negeri Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, KL, Selangor, Sarawak dan Johor.

Antara hadiah-hadiah yang menantikan para pemenang adalah wang tunai berjumlah RM60,000 serta komputer riba gaming ASUS ROG G752VT bagi juara keseluruhan.

Perlawanan final akan berlangsung pada 25 Jun ini dan gelanggag ais Sunway Pyramid bakal diubahkan kepada pentas pertempuran bagi pahlawan kami! Tunjukkan sokongan dan kunjungilah acara hebat ini!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker