AntarabangsaPolitik

Pilihan Raya Peru: Kuczynski Selangkah Untuk Menjadi Presiden Baharu

Bekas ahli ekonomi Bank Dunia, Pedro Pablo Kuczynski, 77 tahun, telah memenangi undian majoriti di dalam Pilihan Raya Peru dan hanya selangkah lagi untuk menjadi Presiden baharu negara itu.

Pilihan raya kali ini disifatkan sebagai satu pilihan raya yang paling sengit dalam 5 dekad, apabila Kuczynski berjaya mengalahkan pihak lawannya, Keiko Fujimori hanya dengan marjin 0.2 peratus.

ppk_y_keiko_lideran_encuesta_Datum_Marzo2016.jpg
Keiko Fujimori (kiri) dan Pedro Pablo Kuczynski (kanan) – Sumber: elotrocomercio.com

Empat hari selepas mengundi, pegawai pilihan raya menyatakan bahawa semua undian telah pun diproses dan Kuczynski memenangi 50.1% berbanding Fujimori yang menerima 49.9% undian.

Walaubagaimanapun, Kuczynski masih tidak boleh digelar presiden sehingga badan ‘Electoral College’ merasmikan undian tersebut.

“Tiada siapa boleh boleh menuntut kemenangan lagi setakat ini,” kata seorang ahli kongres, Pedro Spadaro kepada pemberita.

Pedro_Spadaro_bankada-pe
Ahli Kongres Peru, Pedro Spadaro – Sumber: www.voltairenet.org

Sekiranya berjaya memegang jawatan Presiden baharu Peru secara rasmi, Kuczynski bercadang untuk menggunakan pengalaman kewangan antarabangsanya untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Usaha ini termasuk dalam rancangannya untuk meluaskan defisit fiskal, menurunkan cukai jualan, serta melabur dalam projek-projek infrastruktur baru.

_89903024_c1819e6d-fcf2-440c-90cd-8ce1b7101780
Kuczynski akan menggunakan pengalamannya demi memajukan ekonomi Peru – Sumber: www.bbc.com

“Terima kasih Peru, telah tiba masanya untuk kita bekerjasama demi masa depan negara baru kita,” kata beliau di laman Twitter-nya.

Sehubungan itu, Kuczynski berjanji untuk menyatukan seluruh rakyat Peru kerana pilihan raya di sana telah memecahkan-belahkan ramai pihak.

Fenomena ini dilihat sebagai satu referendum mengenai legasi kontroversi bapa Keiko, Alberto Fujimori, bekas Presiden Peru, yang dipenjarakan atas kesalahan rasuah dan juga jenayah terhadap kemanusiaan.

pedro-pablo-kuczynski-1.jpg
Kuczynski akan menjadi Presiden Peru yang tertua menyandang jawatan tersebut pada umur 77 tahun – Sumber: www.capital.cl

“Kami akan bekerja untuk semua rakyat Peru. Kami juga menerima keputusan tidak rasmi ini dengan penuh kerendahan hati kerana Peru mempunyai cabaran yang besar dihadapan,” ujar Kuczynski di sebuah sidang media sementara para penyokongnya bersorak untuknya di sana.

Dalam pada itu, beliau juga bakal menjadi satu-satunya individu yang tertua dalam memegang jawatan Presiden Peru, iaitu pada umur 77 tahun.

Sumber: http://www.reuters.com/article/us-peru-election-idUSKCN0YV2HA

 

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker