AntarabangsaBisnes & Ekonomi

Komuniti Ekonomi ASEAN: Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Ditubuhkan pada akhir tahun 2015 oleh Association of Southeast Asian Nations, Komuniti Ekonomi ASEAN atau ASEAN Economic Community (AEC) merupakan satu platform untuk  menggalakkan pertumbuhan ekonomi, politik, sosial dan juga kerjasama kebudayaan di seluruh rantau Asia.

Idea disebalik ini adalah untuk menggerakkan Asia Tenggara ke arah pasaran tunggal dan asas pengeluaran bersama yang berdaya saing di peringkat global, beserta aliran bebas barangan, perkhidmatan, buruh, pelaburan dan modal merentasi 10 negara ASEAN.

Visi AEC untuk penggal 9 tahun mempunyai 5 perkara utama seperti yang telah ditetapkan dalam ‘AEC Blueprint 2025’:

1. Ekonomi ASEAN yang berintegrasi dan bersepadu

2. ASEAN yang kompetitif, inovatif dan dinamik

3. Meningkatkan hubungan dan kerjasama sektor

4. Rantau yang berdaya tahan dan mesra rakyat

5. ASEAN Global

Walaupun bekerja di dalam skop jadual integrasi AEC menjadi sedikit sukar untuk sesetengah anggota ASEAN, namun usaha mereka telah membuahkan hasil. Pelbagai syarikat telah melihat ASEAN sebagai satu wilayah.

Ini juga telah dibantu oleh ASEAN Single Window (ASW), sebuah inisiatif serantau untuk membolehkan pergerakan barangan merentasi sempadan secara bebas. Tetapi, memandangkan setiap negara ASEAN mempunyai perbezaan dalam pelbagai aspek, amat sukar untuk mereka mencapai satu wawasan yang sama.

APA YANG TELAH DICAPAI OLEH ASEAN?

 

ASEAN merupakan salah satu daripada kisah kejayaan ekonomi moden. Pada tahun 2014, wilayah ini telah menjadi kuasa ekonomi ketujuh yang terbesar di seluruh dunia. Ia juga merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asia, dengan KDNK gabungan AS $2.6 trillion dan jumlah ini lebih tinggi daripada jumlah KDNK di negara India.

Antara tahun 2007 dan 2014, nilai perdagangan ASEAN meningkat sebanyak hampir AS$ 1 trillion. 24% daripada jumlah tersebut adalah perdagagan di dalam rantau ini, diikuti oleh perdaganan dengan China sebanyak 14%, Eropah 10%, Jepun 9%, dan Amerika Syarikat sebanyak 8%.

Pada masa yang sama, pelaburan asing atau Foreign Direct Investment (FDI) meningkat daripada AS$85 bilion kepada AS136 bilion. Dengan 622 juta orang, ASEAN merupakan pasaran ketiga terbesar di dunia selepas China, manakala India pula mempunyai tenaga buruh ketiga terbesar.

APAKAH LANGKAH ASEAN SETERUSNYA?

Pelancaran AEC perlu menandakan permulaan proses dinamik yang lain. ASEAN perlu meningkatkan lagi perdagangan intra-rantau demi mengurangkan pendedahan untuk terkena kejutan luar.

Ini memerlukan satu rangka kerja pengawalseliaan yang serupa untuk memberi fokus terhadap jurang infrastruktur dan untuk pemudahan dasar pentadbiran, dan undang-undang.

Hanya 50% daripada perniagaan ASEAN telah menggunakan pengurangan tariff seperti yang dinyatakan dalam ASEAN’s Regional Free Trade Agreement (FTA). Walaupun tariff merosot, langkah-langkah bukan tariff – peraturan kesihatan dan keselamatan, lesen dan kuota – semakin meningkat dan perlu diberi perhatian.

AEC boleh meningkatkan ekonomi di rantau ini sebanyak 7.1% antara sekarang tahun 2025, di mana ia lebih daripada pertumbuhan ASEAN sebanyak 5.4% daripada 2004 hingga 2014. Tetapi, perkara ini hanya mampu dicapai sekiranya syarat perjanjian itu diurus dengan baik dalam dekad yang akan datang. Menurut satu kajian oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Pembangunan Asia, usaha ini juga mampu mewujudkan 14 juta pekerjaan tambahan.

BAGAIMANA IA MEMBERI KESAN TERHADAP PERDAGANGAN LAIN?

AEC bukanlah satu-satunya perjanjian di rantau ini. Tiga bulan sebelum permulaan Komuniti ASEAN, empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Singapore dan Vietnam, telah menandatangani perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP). Walaubagaimanapun, lima negara lain seperti Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina dan Thailand tidak berminat untuk menyertai perjanjian tersebut.

TPP adalah perjanjian perikatan yang menghubungkan negara-negara Asia dengan ekonomi di Amerika Utara dan Amerika Latin. Walaupun negara-negara yang mempunyai potensi eksport yang tinggi seperti Malaysia dan Vietnam dijangka untuk meraih keuntungan besar daripada TPP, negara-negara yang tidak menandatangani perjanjian tersebut mempunyai risiko kerugian.

Ini boleh mengganggu ekonomi wilayah ini disebabkan oleh pemesongan perdagangan dan pelaburan. Setelah semua perjanjian mula berkuatkuasa, Singapura dan Vietnam akan menjadi dua negara ASEAN yang mempunyai akses ke Eropah (melalui perjanjian perdagangan bebas), Amerika (melalui TPP) dan Asia (melalui AEC dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau RCEP).

 

 APAKAH MASA DEPAN AEC?

Keadaan tidak akan lari daripada kerumitan dan ketidaktentuan, tetapi, melalui laluan masuk ke blok yang berlainan, AEC mungkin dapat melepaskan potensi yang tidak diduga bagi negara-negara ASEAN, terutamanya apabila TPP dan RCEP, dengan kira-kira 40% dan 30% daripada KDNK global, mula berkuat kuasa.

 

Sumber: WEForum

Show More

Related Articles

Back to top button