AntarabangsaBisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

“Tidak Suka Ambil Risiko” Menjadi Penghalang Kejayaan Golongan Millennial

Golongan millennial atau lebih dikenali sebagai Gen-Y adalah mereka yang lahir pada tahun 1980 hingga 2000. Setakat ini, populasi golongan Gen-Y di Malaysia adalah seramai 8.57 juta orang.

Mereka ini telah mendapat gelaran sebagai “Golongan Y” kerana mendapat pendedahan awal terhadap teknologi di zaman yang membangun dengan pesat ini. Walaupun menjadi pelapis untuk masa depan, golongan millenial ini kurang disukai dan sering kali dikritik oleh generasi-generasi sebelumnya.

Generation-Y-Employee-Recognition.jpg

Mengapa ini berlaku? Ini adalah kerana generasi sebelum ini mempunyai pandangan bahawa golongan milennial terlampau bergantung pada teknologi terkini dan kurang rasa hormat terhadap orang tua. Ada juga majikan yang mengatakan bahawa golongan ini kekurangan etika dalam kerjaya mereka.

Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan generasi ini secara keseluruhan kerana “dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk.” Namun begitu, antara ‘trend’ yang sangat ketara dikalangan golongan ini adalah mereka takut dan tidak suka untuk mengambil risiko.

Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Pergolakan Ekonomi

3500
Gambar sekadar hiasan

Kebanyakan golongan millennial membesar dan memasuki dunia pekerjaan semasa krisis ekonomi 2008, dan kemungkinan besar telah menyaksikan kejatuhan pasaran saham yang sangat teruk.

Keadaan ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu sejak dua puluh tahun yang lepas lagi.  Ini secara langsung telah menjadi sebab mengapa golongan millenial menganggap pasaran saham adalah satu platform yang sangat berisiko tinggi, di mana seseorang boleh kehilangan segala-galanya, termasuk kehilangan pekerjaan yang dijawat.

2. KESANGSIAN TERHADAP SYARIKAT KORPORAT

 

Distrust - trust

Golongan millennial tidak mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap syarikat-syarikat yang datang daripada generasi sebelum mereka. Mereka kurang percaya kepada pengiklanan kerana mereka telah menyaksikan sendiri impak ketamakan korporat terhadap ekonomi.

Oleh itu, mereka mungkin tidak cenderung untuk melabur dalam saham dan kurang mempercayai mana-mana syarikat gergasi.

3. PILIHAN YANG LUAS

 

59015515.jpg
Gambar sekadar hiasan

Dalam era millennium ini, tekonologi berkembang dengan amat pesat sekali. Gen-Y mempunyai pelbagai pilihan untuk mendapat apa sahaja yang mereka inginkan melalui macam-macam cara.

Kebanyakan pilihan ini juga menawarkan kepuasan yang segera, dan disebabkan pilihan yang tiada batasan ini, mereka tidak suka untuk ‘melekat’ pada sesuatu pilihan itu terlalu lama.

Jadi, perkara ini menjadi satu kitaran, di mana gen y akan sentiasa beralih daripada satu ke satu pilihan lain untuk mendapatkan kepuasan segera yang berlainan. Apa sahaja yang ‘bercanggah’ dengan kitaran ini dianggap sebagai satu risiko.

4. BEBAN MEMBAYAR HUTANG BELAJAR

graduate_debt.jpg
Gambar sekadar hiasan

Membayar hutang belajar adalah satu perkara wajib yang harus dilakukan oleh setiap pelajar yang membuat pinjaman. Tetapi, ini telah terbukti menjadi satu beban kepada mereka kerana amat sukar untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Ini menambahkan tekanan terhadap golongan millennial untuk mencari pekerjaan yang kosisten sekali gus mengurangkan potensi mereka untuk membuat pelaburan saham atau mana-mana pelaburan lain.

Dalam pada itu, mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dengan kos sara hidup bulanan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini lalu ia meningkatkan lagi risiko kewangan mereka.

MENGAPA TREND INI ‘MEMBUNUH’ POTENSI GOLONGAN MILLENNIAL

Potential..jpg
Gambar sekadar hiasan

Jika kita lihat dari beberapa sudut, sifat tidak suka terhadap risiko ini ada juga baiknya. Ia menggalakkan lebih ramai Gen-Y untuk mempercayai dan melabur terhadap diri mereka sendiri lebih daripada mempercayai pelaburan-pelaburan lain.

Tetapi, mereka yang mengelak daripada melabur dalam pasaran saham berada dalam kerugian untuk memperoleh peluang keuntungan yang besar. Mereka juga akan lebih kerap bertukar-tukar kerja tanpa ‘melabur’ sepenuhnya dalam syarikat atau pekerjaan mereka yang sedia ada.

Ini boleh mendatangkan manfaat kepada mereka kerana ia memberi mereka pengalaman dan kemahiran yang luas dalam beberapa bidang, tetapi ia juga menghalang mereka daripada menerokai potensi diri sepenuhnya dalam sesuatu pekerjaan dan juga boleh menghadkan potensi pendapatan masa depan mereka.

 

the-way-to-make-smart-investment
Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannya, golongan milennial harus lebih berani dan terbuka untuk mengambil risiko. Kepada yang sudah mempunyai kerjaya, jika anda ingin membuat pelaburan, cabar diri anda untuk mengambil risiko dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Tetapi, pastikan anda mempunyai pengetahuan yang cukup terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang bentuk pelaburan. Rancang pelaburan anda dengan bijak. Lebih besar sesuatu risiko itu, maka ganjarannya juga akan lebih besar juga.

https://www.weforum.org

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker