Teknologi

Selamat tinggal Moto X, Selamat datang Moto Z

Motorola mengumumkan bahawa siri Moto X tidak akan disambung malah ia akan digantikan oleh siri Moto Z. Apakah perbezaannya selain melangkau huruf ‘Y’ ?

Atas kertas, Moto Z dianggap sebagai titik kebangkitan  Motorola yang belum pernah melancarkan  satu peranti yang benar-benar mampu mencabar nama besar seperti Samsung S7 Edge, iPhone 6S, Huawei Mate 8 dan lain-lain.

MotoZ

Berikut merupakan spesifaksi yang menyamai Samsung S7 Edge dan Motorola mengambil jalan lain dari segi reka bentuk tahun ini.

Selain itu, Motorola akan memperkenalkan teknologi Shatter Shield yang menjaminkan kekuatan skrin 5.5 inci supaya lebih tahan lasak.  Untuk pengetahuan anda, Motorola melancarkan dua versi iaitu Moto Z dan Moto Z Force.

Sebelum anda berpendapat, “Sama je dengan telefon lain”, tahukah anda ia merupakan telefon pintar modular yang diiringi beberapa aksesori istimewa yang akan menyempurnakan pengalaman pengguna.

JBL SoundBoost Speaker

MotoZ-MotoMods-JBL-SoundBoost-speaker

Ia merupakan satu aksesori yang cukup mudah dan istimewa disebabkan ia hanya perlu dipasang ke belakang peranti. Faedahnya? Audio berkaliber tinggi, penambahan bateri selama 10 jam dan mudah mendirikan peranti untuk menonton video kegemaran anda.

Incipio Off-Grid Power Pack

Moto-Z-Incipio-offGRID-Power-Pack

Pek bateri bukanlah satu aksesori yang baru namun Motorola lebih memudahkan cara ia digunakan. Tidak perlu membawa kes, hanya pasang di belakang peranti dan nikmatilah penambahan bateri selama 22 jam yang juga dilengkapi teknologi wireless charging.

Moto Insta-Share Projector

Moto-Z-Moto-Mods-Moto-Insta-Share-projector

Ingin berkongsi detik-detik kegemaran anda bersama rakan-rakan anda? Mod ini berfungsi sebagai projektor, jadi anda hanya perlu mencari dinding kosong dan mengumpulkan kesemua rakan anda sekali.

Moto Style Shell

Moto-Z-MotoMods-Style-Shell

Moto Shell adalah kes original daripada Motorola yang menampilkan pelbagai reka baru. Motorola terkenal dengan menggunakan reka bentuk dan warna terang untuk memberi pengalaman yang lebih ‘custom’ berbanding telefon lain. Tak sabar nak tunggu reka-reka lain daripada Motorola.

Jadi apakah pendapat anda mengenai edisi Moto Z? Bagi penulis, ia bakal menjadi satu kejutan besar tatkala ia merupakan hanya satu daripada dua telefon modular setakat ini bersama LG G5.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker