AntarabangsaSukanTeknologi

Sekuriti keutamaan Perancis di Euro 2016

Tak salah jikalau negara anda pernah diserang atau berdepan ancaman dalam skala yang cukup tinggi, kemudian pendekatan tegas perlu diambil dengan segera.

Menjelang kejohanan EURO 2016 di Perancis, kerajaan tempatan Perancis mengambil kesempatan untuk menghasilkan satu aplikasi sekiranya sebarang ancaman muncul secara mengejutkan ekoran pengeboman di Paris tempoh hari.

Artikel ini bertujuan untuk menggalakkan para pengunjung sepanjang kejohanan berlangsung – termasuk jumlah pelajar Malaysia di sana – supaya tidak memperlekehkan peraturan dan tahap sekuriti kerana nyawa anda mungkin terjejas.

Bagaimanapun, ini adalah bolasepak dan kejohanan ini tetap akan berlangsung pada 10 Jun ini.

Selain daripada memberi lokasi terkini, aplikasi itu turut memberi arahan kepada pengguna supaya mengambil jalan paling selamat ketika berdepan sebarang ancaman.

Video tersebut juga menyaksikan anggota polis melakukan persediaan dengan penuh serius untuk memastikan mereka bersedia menangani apa-apa serangan sekali gus memberi bantuan yang mencukupi kepada pengunjung.

Bagi penulis, pendekatan yang diambil kerajaan Perancis perlu dicontohi dan pada masa yang sama, jangan hanya fokus kepada EURO sedangkan temasya Olimpik juga berdepan ancaman bahaya seperti virus zika.

Lebih membimbangkan, atlet-atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong dan Azizulhasni Awang akan terdedah kepada penyakit tersebut. Berhati-hatilah semua!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker