Teknologi

Metalens: Lensa kamera smartphone setaraf DSLR

Apa itu Metalens? Ia merupakan satu hasil kerja ahli saintis dari Harvard University yang mampu membawa kualit imej yang terdapat pada kamera DSLR ke telefon pintar anda.

Namun apakah ia hanya sekadar kajian sahaja atau kami semakin menghampiri teknologi sehebat ini menjadi realiti?

Sebelum ini, ramai juga menganggap kamera telefon pintar sudah menyamai apatah lagi melepasi spesifikasi kamera profesional. “Oh, telefon saya ada kamera 23 megapixel! Kamera awak hanya 16 megapixel”. Pernah anda merasa seperti ini?

Realitinya, tidak ada satu telefon pintar yang mampu menewaskan nilai dan kepakaran kamera profesional. Kenapa? Segalanya bergantung kepada sensor kamera dan lensa kamera.

Tetapi, sekumpulan saintis itu telah menghasilkan ‘metalens’ yang mempunyai kualiti imej terbaik…. pada masa yang sama, saiznya dikatakan mirip pasir sahaja. Rahsianya terdapat pada perubahan dari segi cahaya yang menembusi lensa tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ETx_fjM5pms&w=560&h=315]

Apa pendapat anda, adakah kamera DSLR anda masih relevan?

Show More

Related Articles

Back to top button