Teknologi

Keluarga ASUS sinar dengan Zenfone 3

ASUS sudah lama dikenali sebagai satu nama yang kuat dalam dunia teknologi namun mereka telah memberi tumpuan kepada menghasilkan komputer riba berkaliber tinggi dengan harga yang sederhana.

Setelah menerjun ke dalam industri telefon pintar menerusi koleksi Zenfone, secara jujurnya ASUS mengambil masa yang agak lama untuk memikat dan menarik perhatian pengguna.

Namun kehadiran trio Zenfone 3, Zenfone 3 Deluxe dan Zenfone 3 Ultra meletakkan syarikat Taiwan itu di landasan yang benar.

Zenfone 3

asus-zenfone-3-2

Dianggap sebagai peranti mampu dimiliki dengan nilai harga kira-kira RM1000 namun Zenfone 3 dilengkapi spesifikasi yang lebih tinggi berbanding pesaing-pesaing lain dalam kategori tersebut.

Kehadiran saiz skrin 5.5 inci bermakna anda tidak perlu lagi menanggung kos yang terlalu tinggi untuk mendapatkan kepuasan daripada paparan besar.

Zenfone 3 akan dijual dalam dua versi berlainan iaitu versi 3GB RAM/32 GB memori dan 4GB RAM/ 64 GB memori!

Prosesor Snapdragon 625 memastikan anda mampu melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan senang tetapi kualiti permainan video mungkin terjejas sedikit biarpun bukan satu kejutan pada harga tersebut. Selain itu, kehadiran kamera 16 megapixel f2.0 diiringi reka bentuk ala Sony Xperia Series yang tampak lebih cantik.

Zenfone 3 Deluxe

ZenFone-3-Dluxe-frontblack

Versi Deluxe merupakan yang berprestasi paling tinggi antara ketiga-tiga pilihan namun ia bernilai dua kali ganda (RM2000) berbanding adiknya di atas.

Bagaimanapun, Zenfone 3 Deluxe bakal menjadi salah satu lagi telefon pintar yang mengeluarkan versi 6GB RAM/64GB memori! Ia juga dikuasai oleh prosesor Snapdragon 820 yang terbaru dan terbaik sekali mewakili Android.

Kualiti kamera juga dipertingkatkan lagi pada peringkat ini dengan menggunakan kamera 23 megapixel sebagai kamera utama.

Zenfone 3 Ultra

maxresdefault

Skrin tak cukup besar? Zenfone 3 Ultra memperkenalkan skrin saiz 6.8 inci! Peranti ini sudah memasuki kategori ‘Phablet’ dan ia dikatakan paling sesuai digunakan untuk menonton media kegemaran anda sama ada video mahupun audio.

Kenapa? Skrin 6.8 inci itu bukan sahaja yang paling besar malah ia juga memiliki resolusi paling tinggi pada peranti ASUS setakat ini. Selain itu, ia menggunakan pembesar suara stereo dan mampu mengeluarkan kualiti dual speakers dan memiliki DTS 7.1 Surround Sound support pada headphone.

Bukan semua peranti pada tahun 2016 memiliki bateri sebesar 4,000m/ah apatah lagi phablet ini tidak akan mencecah RM2,500.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker