Sukan

Goh Jin Wei: Mutiara dalam pembikinan

Pada masa ini, penulis tidak terkejut lagi dengan kecemerlangan pemain perseorangan negara, Goh Jin Wei yang hanya berusia 16 tahun.

Persoalannya, apakah dia mampu memanfaatkan musim pertamanya dalam saingan Super Siri dengan sepenuhnya?

Baru-baru ini Jin Wei menjadi kebanggaan sekali lagi apabila menewaskan pemain No.21 dunia dan bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Michelle Li dari Kanada 21-18, 21-10 di Terbuka Australia.

Keputusan itu membuktikan Jin Wei yang kini menghuni ranking ke-58 dunia, sudah bersiap sedia untuk berdepan cabaran lebih besar di peringkat antarabangsa.

Dia telah pun menewaskan pemain no.13 dunia, Sun Yu dari China, dan pemain no.17 dunia, Kirsty Gilmour dari Scotland, sebelum ini.

Berikut adalah beberapa fakta menarik yang menceritakan personaliti dan semangat yang ada pada Jin Wei:

  1. Jin Wei mula berlatih seawal usia 6 tahun di rumah secara tidak sengaja. Setelah melihat Datuk Lee Chong Wei dan barisan negara menampilkan kehebatan mereka di kaca TV, dia menanmkan azam untuk mengikut jejak mereka.
  2. Sejak menyertai barisan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada usia 13 tahun, Jin Wei menjalani sesi latihan yang lebih intensif iaitu berlatih sebelum dan selepas waktu sekolah dengan larian 10km setiap hari sehingga hari ini.
  3. Jin Wei mengakui bahawa buku Guiness Book of World Records adalah buku kegemarannya disebabkan dia mempunyai impian untuk menjadi salah satu atlet yang disenaraikan.
  4. Sekiranya dia gagal menakluk dunia badminton, Jin Wei merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan minat menjadi seorang saintis.
  5. Biarpun merupakan juara remaja dunia, Jin Wei tidak pernah mengenepikan aspek akademik dan berharap dia dapat meneruskan pembelajarannya sambil menggalas tanggungjawab bersama barisan skuad negara.

Dan itulah ciri-ciri yang terdapat pada seorang mutiara dalam pembikinan. Ingatlah nama Goh Jin Wei untuk masa yang akan datang.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker