Teknologi

Betul Ke Bahagian Biru Untuk Padam Dakwat Pen?

Siapa rasa bahagian biru pemadam ini adalah untuk memadamkan dakwat pen dan bahagian merah untuk padam pensil?

Mesti kebanyakan dari kita mempunyai teori sedemikian rupa kan?

Pernah tak nak guna pemadam bahagian biru ini untuk memadam dakwat pen sehingga kertas terkotak.

Mesti akan terjadi hal sebegitu…

Kenapa?

Sebab fungsi bahagian biru yang kasar pada pemadam ini bukan untuk memadam dakwat pen tetapi ianya digunakan untuk memadam pensil pada kertas jenis ‘art paper’ (kertas lukisan). Kertas ini biasanya memiliki permukaan yang lebih kasar dan keras dari kertas jenis biasa.

Ianya dicipta dengan bahagian kasar supaya anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk memadam pensil pada kertas lukisan tersebut.

Kesimpulannya, ia bukanlah bahagian untuk memadam dakwat pen!

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker