Gaya HidupMakan & Minum

Bagaimana Untuk Membersihkan 8 Alatan Dapur Yang Sukar Untuk Dibersihkan Ini

Sebagai suri rumah, banyak perkara yang akan menjadi penghalang untuk anda menikmati keseluruhan hari anda.

Contohnya setelah selesai sahaja memasak, anda sedar yang tugas anda belum selesai — anda perlu membersihkan semua peralatan dapur yang telah anda gunakan, dan mesti ada di antara kesemua alat yang anda gunakan tadi adalah sangat susah untuk dibersihkan.

Berikut adalah cara untuk membersihkan beberapa alatan dapur yang kami maksudkan:

 

  1. Microwave

01-clean-kitchen-appliances

Jangan buang masa dan tenaga anda untuk menyental semua kotoran degil yang ada dalam microwave. Sebaliknya, biarkan mereka stim semua kotoran itu sehingga bersih sendiri.

Potong separuh lemon, perah jusnya ke dalam mangkuk yang ‘microwave-safe’. Tambah kepingan lemon ke dalam mangkuk tadi, bersama-sama dengan 1/2 cawan air.

Panaskan air dan lemon itu selama 3 minit di suhu yang tinggi, atau sehingga cecair itu mula mendidih. Tanpa membuka pintu microwave, sejukkan air limau tadi selama 5 minit.

Stim dari lemon itu akan membantu memecahkan kotoran yang melekat, menjadikannya mudah untuk dilap selepas anda keluarkan mangkuk. Kemudian, anda boleh mulakan proses mencuci.

  1. Blender

02-clean-kitchen-appliances

Isikan air panas ke dalamnya sebaik sahaja anda selesai menggunakannya, tambah beberapa titis sabun, dan hidupkan blender seperti yang anda lakukan setiap kali anda menggunanya.

Setelah tiada lagi kotoran yang melekat, bilasnya dengan air dan ia boleh digunakan untuk resepi yang seterusnya.

3. Pembancuh kopi

03-clean-kitchen-appliances

Masukkan kertas penapis (filter paper) di tempatnya, kemudian tuangkan cuka dan air di ruang air dengan sukatan yang sama. Hidupkan mesin, kemudian matikannya apabila ia sudah separuh jalan melalui kitaran bru.

Biarkan campuran tadi di situ selama setengah jam, kemudian habiskan kitaran bru yang tinggal tadi. Curahkan campuran cuka tadi, dan gantikan kertas penapis, kemudian jalankan kitaran bru dengan air yang penuh. Ulang proses itu dengan satu lagi air yang penuh.

  1. Mesin pengisar sisa makanan

naturally-deodorize-stinky-garbage-disposal.w654

Jika mesin pengisar sisa makanan yang anda gunakan mula berbau busuk, sudah tiba masanya untuk anda lakukan pembersihan yang menyeluruh. Hilangkan kotoran dalam mesin itu dengan menuang setengah cawan baking soda ke dalamnya, diikuti dengan satu cawan cuka putih, dua cawan ais, dan satu cawan garam.

Dengan air sejuk yang mengalir, hidupkan mesin itu sehingga ais yang anda masukkan tadi hilang. Untuk menghilangkan bau, potong lemon dan kisar kepingan itu satu persatu dalam mesin.

 

  1. Periuk perlahan

05-clean-kitchen-appliances

Tambahkan ¼ cawan baking soda dan sedikit sabun, kemudian isinya dengan air. Letakkan penutup, kemudian hidupkan periuk itu di suhu yang tinggi selama dua hingga empat jam.

 

6. Mixer

06-clean-kitchen-appliances

Letakkan kain basah di kawasan yang ada sisa makanan yang melekat padanya untuk mengurangkan kekerasan makanan itu.

Selepas beberapa minit, kekotoran kering yang melekat itu akan menjadi lebih lembut dan lebih mudah untuk dilap. Untuk membersihkan pemukulnya, rendamnya dalam air untuk membubarkan keadaan yang huru-hara itu sebelum menyentalnya sehingga bersih.

 

  1. Pembakar roti

 07-clean-kitchen-appliances

Jika pembakar roti anda terdapat dulang serbuk roti, keluarkannya terlebih dahulu. Kemudian, terbalikkan pembakar roti anda dan goncang sedikit.

Cuci dan keringkan dulang sebelum memasukkannya semula ke dalam. Untuk membersihkan kawasan-kawasan sudut dalam pembakar roti anda, gunakan pastri atau berus.

Selesaikan proses pembersihan dengan mengelap kawasan di luar dengan kain yang lembap dengan bahan pencuci yang lembut, atau sedikit cuka jika ia keluli yang tahan karat.

8. Dapur gas

08-clean-kitchen-appliances

Bagi dapur gas, keluarkan bahagian yang boleh ditanggalkan daripada dapur dan rendam dalam air panas yang bersabun.

Gosok sehingga bersih, kemudian bilas dengan teliti. Lap dengan kain yang lembap (bukan basah) supaya air tidak masuk ke dalam dapur.

Bagi dapur elektrik, jangan sesekali rendamnya di dalam air. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah, gabungkan soda penaik dan air sehingga ia mempunyai konsistensi yang pekat, kemudian gunakan campuran itu untuk gosok kotoran yang ada.

 

Sumber: http://www.rd.com/food/fun/clean-household-appliances/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker