Gaya HidupKesihatan

5 Minuman Sebelum Tidur Yang Akan Bantu Menurunkan Berat Badan

Tidak ada apa yang lebih teruk daripada tidak dapat tidur malam. Lagipun, fenomena di mana anda tidak dapat tidur adalah berkait kepada pertambahan berat badan, tahap hormon yang tidak stabil, masalah gula dalam darah dan masalah insulin dalam badan anda, kata Bridget Murphy, R.D.N., C.D.N., di Pusat Perubatan NYU Langone.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda minum sebelum tidur.

Anda mungkin sudah tahu bahawa dengan meminum kafein dan gula terlalu dekat dengan waktu tidur boleh membuatkan waktu tidur anda kucar-kacir.

Tetapi tahukah anda nutrien lain sebenarnya boleh membantu anda membina otot, meningkatkan kestabilan gula dalam darah anda, malah juga boleh membakar lemak?!

Berikut adalah antara minuman yang baik untuk anda yang kami maksudkan:

  1. Susu

Segelas susu (panas atau tidak) boleh membantu anda tidur dengan lebih nyenyak. Ini semua disebabkan dos tryptophan dan kalsium sihat yang terkandung di dalam susu itu sendiri, kata Murphy.

Berdasarkan kajian penyelidikan daripada Perubatan dan Sains Sukan dan Senaman, protein kasein dalam susu adalah antara protein yang lambat untuk dicerna, dan ini boleh membantu anda membina otot pada waktu malam. Hasilnya: metabolisme yang lebih cepat dan berat badan yang lebih mudah untuk turun, kata Murphy.

  1. Jus Anggur

Kami tidak mencadangkan untuk anda kerap meminum jus buah-buahan sebelum tidur, tetapi segelas kecil jus anggur yang 100% asli, sebelum tidur boleh membantu anda tidur dengan lebih baik dan mampu membakar lemak anda, kata Murphy.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Laporan Cell mencadangkan bahawa rembesan insulin pada waktu malam (disebabkan oleh penggunaan karbohidrat yang biasa, seperti jus) dapat mengawal irama circadian badan anda.

Dalam kajian Jurnal Obesiti pada 2015, telah mendapati bahawa resveratrol, antioksidan yang terkandung dalam anggur, akan menukarkan kalori yang menyimpan lemak putih menjadi pembakar kalori lemak coklat.

  1. Teh Chamomile

Satu  cawan teh panas ini akan meningkatkan tahap glycine (neurotransmitter yang menenangkan saraf anda dan bertindak sebagai sedatif ringan) dalam badan anda.

Satu lagi faedah chamomile ialah, ia akan membuatkan suhu teras badan anda meningkat supaya sistem badan anda akan bertindak balas dengan sendirinya untuk menyejukkan badan anda kembali, dan kemudian membuatkan anda mengantuk dengan sendirinya.

Di samping itu, chamomile akan meningkatkan tahap kawalan glukosa dan penurunan berat badan, kata Murphy. Pastikan bahawa mana-mana teh yang anda minum sebelum tidur adalah bebas dari kafein dan bukan teh “detox”.

4. Kefir

Diperbuat daripada susu yang ditapai, minuman yang kaya dengan probiotik ini akan berfungsi pada usus microbiome anda untuk meningkatkan tahap bakteria yang sihat, menggalakkan pencernaan yang baik, dan membantu anda untuk menyerap vitamin dan mineral dengan lebih berkesan, kata Murphy.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine mengatakan bahawa minuman yogurt seperti ini akan membuat tidur anda bertambah baik dan prestasi senaman yang lebih baik.

  1. Protein shake soya

Soya, susu atau serbuk protein, adalah penuh dengan asid amino tryptophan. Dan mengapa itu penting? Menurut kajian Universiti Birmingham, ia boleh meningkatkan kualiti tidur dengan bertindak sebagai pelopor untuk membuat anda mengantuk, kata Murphy.

Beliau menyatakan bahawa selain daripada membantu anda tidur, tryptophan juga mengurangkan tahap kortisol untuk membantu melawan lemak perut anda.

Untuk kesan yang lebih baik, campurkan sedikit  Greek yogurt dalam shake protein anda. Ia akan membekalkan otot anda dengan protein kasein untuk pemulihan selepas senaman yang lebih baik.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/

Show More

Related Articles

Back to top button