Gaya HidupPercutian

Tips Keselamatan Bagasi Di Lapangan Terbang

Korang mesti suka melancong kan?? Pantang ada masa terluang sikit, ada je idea-idea nak pergi melancong tak kira luar negara atau dalam negara.

Melancong tu melancong lah jugak kan tapi korang kena lah pastikan bagasi anda selamat ketika berada di lapangan terbang.

Mana lah tau ada perkara yang tak dijangka akan menimpa bagasi semasa dalam proses untuk masukkan ke dalam kargo kapal terbang yang korang naik nanti.

Haahhh.. ni kami kongsikan beberapa tips keselamatan yang korang perlu tahu….

1. Pastikan beg tangan atau beg galas sentiasa bersama anda ketika sampai dan sepanjang di lapangan terbang. Beg korang akan hilang atau dicuri kalau korang tak jaga beg dengan betul. Kalau beg hilang dan pihak keselamatan jumpa, korang tak tuntut beg tu.. pihak keselamatan akan musnahkan. Jadi jagalah beg anda macam anda jaga nyawa anda !!

Luggage-on-a-carousel-640x300.jpg

2. Pastikan korang bawa masuk beg tangan, dompet atau beg pejabat yang mengandungi dokumen penting bersama ketika mamasuki pesawat.

10-surprising-ways-keep-your-bag-safe-go

3. Kurang kan lah bilangan beg .. tak perlu bawa banyak-banyak beg sebab dengan ni korang dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting dan barang berharga.

tip-supaya-beg-tak-rosak-kapal-terbang2

4. Buat pemeriksaan dengan wakil agensi pelancongan mengenai peraturan barang yang dilarang bawa memasuki pesawat. Setiap Negara mempunyai undang-undang berbeza. Jadi anda perlulah ikut undang-undang setiap Negara yang anda nak pergi melancong supaya anda tidak ditahan oleh pihak keselamatan disana.

20151114_IRP001_0

5. Jangan bawa peralatan tajam seperti pisau, gunting, pembuka surat dan lain-lain lagi. Ia mungkin akan dirampas pasukan keselamatan.

No sharp objects

6. Bagi korang yang bawa ubat-ubatan, letakkan dalam beg tangan atau beg sandang untuk memudahkan urusan pemeriksaan, tetapi jangan korang bawa sebarang penyembur dalam bentuk botol, kalau terpaksa, letakkan di dalam bagasi.

Untitled-1-aviationsecurity

Sumber :  www.sini.com.my

Tags
Show More

Related Articles