Gaya HidupKecantikan

Ini Bagaimana Untuk Memperbetulkan Warna Tona Kulit Anda

Memperbetulkan warna hyperpigmentation pada kulit anda adalah sesuatu yang agak rumit. Walaupun sekarang sudah viral dengan hack kecantikkan yang menggunakan warna merah untuk memperbetulkan tona kulit anda, hack ini hanya berkesan buat mereka yang mempunyai kulit yang agak gelap. Sekiranya ini diguna oleh mereka yang berkulit cerah, mereka hanya akan kelihatan seperti ditumbuk dibahagian mata.

Walau bagaimanapun warna hijau dan ungu pastel yang menyembunyikan perubahan warna pada mereka yang berkulit cerah pula, tidak akan membantu mereka yang berkulit gelap. Sama seperti kulit anda sendiri adalah berbeza daripada rakan-rakan anda, langkah-langkah yang anda ambil untuk menyembunyikan cacat cela yang ada pada muka anda perlu disesuaikan dengan keperluan anda.

Berikut adalah panduan mengenai cara untuk menggunakan warna yang betul untuk kulit yang gelap, sederhana, dan cerah:


1. Kulit Gelap

041916-color-correcting-deep
Bagi tona kulit ini, warna pastel seperti hijau atau lavender boleh menekankan lagi kehadiran cacat cela anda dan ini bertentangan dengan tujuan sebenar teknik ini. Sebaliknya, kami cadang untuk menggunakan warna seperti merah tua, aprikot suam, atau oren, keran semua ini akan melakukan kerja yang lebih baik di menyembunyikan sebarang jerawat agresif, atau perubahan warna pada kulit. Merah khususnya sesuai untuk meneutralkan warna hijau atau biru, membuatnya sebagai ubat yangsesuai untuk membantu lingkaran hitam yang degil.

Cuba:

Marc Jacobs Cover(t) Stick Color Corrector in Getting Warmer, $42; sephora.com.
CoverFX Correct Click in Orange, $18; sephora.com.                                                                    
Becca Backlight Targeted Color Corrector in Papaya, $30;

2. Kulit Sederhana

041916-color-correcting-medium

Secara umumnya, tona oren dan aprikot akan meneutralkan apa-apa isu kulit sederhana yang anda hadapi, tetapi jika anda mahu memberikan kawasan bawah mata anda kecerahan tambahan, kami cadang anda menggunakan warna kuning. Efek suam yang warna itu berikan akan serta-merta  menyingkirkan sebarang bayang-bayang yang ada, dan membolehkan anda untuk menggunakan jumlah concealer yang minimum di atasnya.

Cuba:

Giorgio Armani Master Corrector in Orange, $39; nordstrom.com.
Japonesque Color Correcting Crayon in Yellow, $22; ulta.com.
Algenist Reveal Concentrated Color Correcting Drops in Apricot, $38; sephora.com.


3. Kulit Cerah

041916-color-correcting-fair

Jika kulit anda lebih ke arah yang cerah, maka ianya tiada masalah untuk anda menggunakan warna-warna pastel. Warna merah jambu pucat berfungsi sebagai sesuatu yang sesuai untuk mengaburkan semua tempat-tempat gelap, sementara lavender meneutralkan kawasan pudar dan kuning. Kedua-dua kulit muka yang sejuk dan panas akan mendapat manfaat yang sama daripada tona warna hijau, yang membatalkan kemerahan — bermaksud durasi yang biasanya anda ambil untuk menyembunyikan jerawat anda akan berkurangan separuh dengan menggunakan warna ini.

Cuba:

Urban Decay Naked Skin Correcting Fluid in Lavender, $28; sephora.com.
Bobbi Brown Corrector in Light Bisque, $23; nordstrom.com.
YSL Touche Eclat Neutralizer in Green, $38; sephora.com.

Sumber: http://www.instyle.com/how-tos/how-you-color-correct-different-skin-tones

Tags
Show More

Related Articles