FesyenGaya Hidup

Ini Adalah Bagaimana Untuk Memilih Sut Yang Sempurna Untuk Anda

Kita sering terjumpa lelaki yang memakai sut yang bersaiz sama ada terlalu besar, terlalu labuh, atau terlalu ketinggalan zaman untuk mereka. Dan, tidak ada perkara lain yang lebih teruk apabila sut anda mula kelihatan lebih buruk daripada yang anda sangkakan — dan situasi ini adalah situasi yang sangat teruk sekiranya anda ada majlis tuxedo untuk hadiri. Tetapi jangan risau! Kerana berita baiknya adalah, anda tidak perlu untuk membelanjakan keseluruhan gaji anda untuk memiliki sut yang berjenama, kerana apa yang perlu anda lakukan bagi mendapatkan sut yang sempurna adalah, anda hanya perlu mencari sut yang betul-betul sesuai untuk bentuk badan anda. Begini caranya:

BADAN YANG PENDEK

grayJika anda pendek, apa yang anda perlukan ada sut yang mempunyai dua butang sahaja pada jaketnya. Ini kerana, ia akan membuatkan tubuh anda kelihatan lebih panjang daripada asal. Pastikan jaket anda berakhir pada 4-5 inci di bawah pinggul anda dan minta tukang jahit anda untuk menyingkirkan sebarang kelompangan pada seluar anda supaya anda akan kelihatan lebih tinggi.

Warna juga memainkan peranan dalam hal ini. Anda perlu memakai sut yang berwarna gelap yang medium ataupun gelap secara keseluruhannya, kerana jika anda memakai warna tunggal dari kepala hingga ke kaki, ia akan membantu membuat badan anda kelihatan lebih panjang.

 
BADAN YANG GEMPAL

navyJika anda mempunyai tubuh yang gempal, jangan pilih baju yang bercorak, sebaliknya anda perlu memilih sut yang bercorak pinstripes yang menegak. Ini akan memberikan ilusi kepada mata mereka yang memandang dan dengan itu akan mengalih perhatian mereka daripada melihat saiz badan anda.

Sut yang mempunyai dua butang juga akan mengetengahkan bahu anda dan memanjangkan tubuh anda, dan dengan ini akan membantu anda kelihatan lebih ramping dengan serta-merta.

BADAN YANG LAMPAI

darkgray
Kekalkan lapel (bahagian dada baju yg dilipat ke tepi) yang sempit atau standard — ia tidak boleh lebih dari 2.5 inci — ini akan kelihatan sangat sesuai dengan bentuk badan anda. Selain itu, jika sut anda ditambah lapisannya dibahagian dada, itu adalah satu perkara yang baik kerana ia akan menambah lagi kepenuhan kepada baju itu dan membuat badan anda kelihatan lebih tegap.

BADAN YANG TINGGI

lightbluelelaki yang tinggi perlu memilih jaket yang mempunyai tiga butang. Ini kerana butang ketiga itu adalah sesuai untuk ketinggian anda — tidak seperti sut dua butang, yang berfungsi untuk memanjangkan tubuh mereka yang lebih rendah daripada anda.

Tetapi elakkan jaket dan seluar yang dipendekkan (cropped). Trend ini hanya kelihatan cantik pada lelaki yang mempunyai ketiggian yang sederhana, tetapi jika anda yang memakainya, ia hanya  akan kelihatan seperti seolah-olah sut anda telah kecut setelah dibasuh.

Sumber: http://www.menshealth.com/style/pick-the-perfect-suit-for-your-body-type

Tags
Show More

Related Articles