Gaya HidupKesihatan

Gunakan 8 Produk Ini Jika Anda Kerap Berpeluh

Badan yang basah dengan peluh hanya kelihatan hebat sekiranya anda berada di gym. Tapi jika ini berlaku disebabkan anda berjalan dari kelas ke tandas, ataupun apabila anda berada di tempat kerja, atau sedang bertemu janji, ia akan memberikan tanggapan pertama yang tidak baik.

Produk-produk di bawah ini akan membantu anda mengharungi masalah ini dengan sekelip mata sahaja!

  1. Clinical Strength Antiperspirant Wipes

sweatblock

Elakkan daripada berlakunya kesan peluh di baju anda dengan menggunakan kain lap ini — yang mengandungi formula klorida aluminium yang akan membuat anda tidak berpeluh selama 5 hari.

Sebelum memakainya, pastikan ketiak anda bersih dan kering. Tekannya (jangan gosok)  dengan kuat dalam garisan bulu ketiak anda, dan biarkan selama 5 minit.

Untuk hasil yang terbaik, gunakannya sebelum tidur. Ini kerana, kelenjar peluh anda adalah kurang aktif apabila anda sedang tidur.

2. All-Over Body Spray Deodorant/Antiperspirant

dove_3

Spray yang kering dan bebas dari iritasi ini akan menyingkirkan semua kawasan berpeluh di badan anda, termasuk belakang anda. Goncang, pegang tin itu 6 inci dari badan anda, dan sembur di semua tempat yang kerap berpeluh. Gunakan apabila anda sudah keringkan badan anda selepas mandi.

3. Losyen Tangan Antiperspirant

carpe_0

Mempunyai tangan yang kerap berpeluh? Sebatian aluminium dalam losyen ini akan memberhentikan peluh itu. Gunakannya 30 minit sebelum anda perlu gunakkan tangan anda untuk  memberikan taggapan pertama yang lebih baik ketika bersalaman buat pertama kalinya.

4. Clinical Strength Antiperspirant and Deodorant

gillette_2

Antiperspirant ini menggunakan microcapsules yang mampu menyingkirkan bau dan aluminium klorida untuk melawan kekuatan terhadap bau busuk yang badan kita hasilkan apabila berpeluh.

5. Pelindung Matahari Yang Kalis Peluh

neutrogena_3

Jika pelindung matahari yang anda gunakan sekarang mudah cair di muka anda, tukar kepada pelindung matahari yang lebih tahan kepada peluh dan juga mampu melindungi anda daripada UVA dan UVB. Formulanya yang ringan ini juga tidak akan membuat liang roma anda tersumbat.

6. Syampu Kering

randco

Sebelum anda dedahkan diri anda pada musim panas ini, sembur syampu yang serap minyak ini di akar rambut anda untuk membuatkan rambut anda kering dan tidak kelihatan berkilat (disebabkan minyak) sepanjang hari—atau selepas senaman.

7. Pelembap

kiehls_4

Pelembap ini akan menghidrat muka anda dan menyerap peluh dan minyak yang ada di permukaan muka anda, meninggalkan anda segar dari pagi hingga ke malam.

8. Spray Kaki

goldbond

Spray kaki ini berguna untuk menyerap kelembapan dan menghalang bau yang busuk. Injap 360 darjah yang ada pada botol ini bermakna anda boleh menyemburnya dari mana-mana arah yang anda mahu.

Sumber: http://www.menshealth.com/style/products-for-sweaty-guys/slide/8

Tags
Show More

Related Articles