Gaya HidupPercutian

Fakta Lapangan Terbang Changi, Singapura

Tahukah anda, Lapangan Terbang Changi di Singapura sering dikenali sebagai ‘Lapangan Terbang Paling Hebat di Dunia’?

Mengapa? Kami sajikan kepada anda 9 fakta menarik mengenai permata Kota Singa ini.

1. Taman Rama-rama

ButterflyGarden

Taman bertemakan rama-rama yang pertama untuk dibina dalam lapangan terbang. Terdapat sebanyak 47 spesis berlainan dan lebih daripada 1000 rama-rama secara keseluruhan. Rama-rama liar lebih takut apabila berinteraksi dengan manusia namun rama-rama ini menyambut kedatangan pelancong dengan baik.

2. Taman Bunga Matahari

SunflowerGarden

Bunga matahari antara jenis bunga yang paling meyinarkan hari kita. Nikamtilah keindahan bunga-bunga ini bersama keluarga anda dalam perjalanan ke transit perlepasan Tingkat 3, Terminal 2.

3. Tonton cerita di teater secara percuma

MovieTheatre

Anda pasti pernah terkandas di lapangan terbang gara-gara penerbangan anda ditangguhkan. Jika anda memiliki beberapa jam lagi sebelum panggilan penerbangan anda, berkunjuglah ke teater untuk menonton beberapa pilihan cerita terbaru dengan penuh keselesaan.

4. Permainan video terbaru di dek hiburan

EntertainmentDeck

Bagi peminat-peminat permainan video, pasti anda boleh menghabiskan berjam-jam di dek hiburan yang dilengkapi pelbagai jenis permainan seperti XBOX, Playstation, Nintendo WII, PC dan lain-lain lagi. Jangan terlalu lama, nanti terlepas penerbangan anda pula!

5. Xperience Zon tawarkan acara sukan terkini

XperienceZone

Xperience Zone adalah pusat penyiaraan acara sukan terkini. Pasti  menyeronokkan bagi mereka yang mendapat peluang untuk menonton Sukan SEA 2015, Singapura scara langsung!

6. Nikmati gelongsor empat tingkat

Slide-at-T3

Tiada sesiapa yang tidak tertarik dengan gelongsor ini! Tengok gambar pun rasa nak tempah tiket ke Singapura semata-mata untuk mencuba gelongsor ini!

7. Tempat tidur sedia ada di Snooze Lounge

Snooze-Lounge

Jika anda sudah penat daripada sehari yang penuh dengan aktiviti, mungkin anda lebih berminat untuk berehat dan tidur di Snooz Lounge. Satu lokasi kegemaraan pelancong.

8. Social Tree: Simpan memori anda untuk selamanya

Social-Tree

Social Tree merupakan teknologi baharu di Changi Airport. Ia mampu mengambil gambar anda sekali gus ia akan disimpan ke dalam arkibnya. Secara ringkasnya, anda boleh mencari semula gambar itu pada percutian ke Singapura yang berlainan.

9. Pusat Membeli-Belah Bebas Cukai Online

Changi-Airport-24-Sep-2013

Siapa tidak minat dengan barang-barang bebas cukai? Semestinya produk di Singapura adalah antara yang terbaik apatah lagi dengan harga yang lebih menarik kali ini.

Tags
Show More

Related Articles