Gaya Hidup

Cara Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Serangan Pengganas

Walaupun kemungkinan untuk anda terlibat dalam serangan pengganas adalah rendah, tetapi jika ia berlaku secara tiba-tiba, anda hanya mempunyai beberapa saat untuk bertindak dalam situasi itu. Berikut adalah enam perkara yang boleh anda praktikkan untuk menyelamatkan nyawa anda sekiranya ia berlaku.

  1. Ketahui selok-belok persekitaran anda

01-survive-terrorist-attack

Semasa serangan November 2015 yang berlaku di dewan konsert Bataclan, Paris, seorang pengawal keselamatan telah berjaya membawa sekumpulan mangsa keluar melalui pintu kecemasan yang ada di pentas tersebut. Anda harus sedar bahawa pengawal keselamatan tidak akan sentiasa ada untuk membantu. Jadi apabila anda merancang untuk menghabiskan banyak masa di tempat awam, awasi persekitaran anda dan kenal pasti keberadaan pintu kecemasan yang ada di situ. Semakin bersedia anda sebelum berlakunya sesuatu kejadian, lebih cepat anda boleh bertindak jika masanya tiba.

  1. Pertama sekali, lari dari bahaya. Kemudian…

02-survive-terrorist-attack

Kerajaan U.K. telah menasihat orang ramai untuk lari dari bahaya jika ada jalan yang selamat. Jika anda tidak boleh lari, cuba untuk sembunyi. Jika anda berjaya melarikan diri, segera memberitahu seorang pegawai apa yang berlaku, dan beri amaran kepada orang lain untuk elak daripada pergi ke zon bahaya. Asingkan diri daripada berhimpun dengan orang ramai; selalu beranggapan bahawa akan ada serangan atau tindakan kedua.

 

  1. Jangan menonjolkan diri anda

03-survive-terrorist-attack

Cari tempat permukaan yang keras — seperti dinding konkrit, merupakan pilihan yang terbaik untuk anda sembunyikan diri. Pada kejadian di Bataclan, mangsa telah menggunakan naluri mereka dengan menterbalikkan meja dan berselindung di belakang pembesar suara apabila serangan itu  bermula. Sentiasa elak daripada duduk di kawasan yang bertingkap dan terbuka.

  1. Pura-pura mati

 04-survive-terrorist-attack

Jika tidak ada tempat untuk anda berlindung, segera rebahkan diri ke tanah dan berpura-pura mati. Merendahkan diri anda ke lantai bukan sahaja dapat mengurangkan potensi daripada diserang, tetapi juga membuat anda sebagai sasaran yang kurang jelas. Untuk menjamin diri anda lebih selamat: TUKAR MOD TELEFON BIMBIT ANDA KEPADA MOD SENYAP. Walaupun anda berada di kawasan yang terlindung dan jauh daripada kawasan yang diserang, tetap meletakkan telefon anda dalam mod senyap sehingga anda 100 peratus pasti yang anda selamat.

 

  1. Pastikan tempat persembunyian anda selamat

 05-survive-terrorist-attack

Jika anda mendapati diri anda dalam situasi di mana anda tidak dapat melarikan diri daripada bahaya, ambil setiap langkah berjaga-jaga untuk membuat tempat persembunyian anda seberapa selamat yang mungkin. Sekat pintu anda dengan perabot yang berat, mematikan semua lampu dan pembesar suara di dalam bilik, dan letakkan telefon anda dalam mod senyap untuk mengelak daripada dikesan.

  1. Bantu mangsa lain yang ada di situ
    06-survive-terrorist-attack
    Ia adalah cara yang paling berkesan untuk bergerak dalam kumpulan bagi mengelakkan kesesakan. Pakar psikologi sosial, Chris Cocking berkata kebanyakan orang mungkin akan cuba untuk membantu orang lain walaupun dalam keadaan seperti itu — seperti orang-orang yang bekerjasama untuk melarikan diri pada serangan di Bataclan melalui lalu.

Sumber: www.rd.com/true-stories/survival/survive-terrorist-attack/ 4

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker