Sains

Bagaimana Mata Anda Boleh Melihat Wanita Cantik Setelah 15 Saat?

Setelah memandang titik putih di hidung wanita dalam gambar ini selama 15 saat dan memandang ruang putih tanpa gambar di sebelah kanan, gambar wanita cantik dan berwarna akan muncul. Bagaimana mata kita boleh melihatnya?

Ilusi optik ini lebih dikenali sebagai ‘negative afterimage.’

 

Bagaimana Mata Kita Boleh Menghasilkan Imej Tersebut?

Disebabkan oleh sel-sel yang bertumpu di mata yang disebut sel ganglion.

Sel ini menghantarkan mesej kepada otak dengan kod, atau mengesan, warna dalam pasangan warna-warna primer.

“Kod bagi seluruh corak warna dapat kita alami dalam spektrum cahaya. Informasi ini disampaikan dari belakang mata ke otak melalui tiga saluran neuron berlawanan,” kata dr Juno Kim dari University of NSW School of Optomery and Vision Science pada Daily Mail Australia.

 

Bagaimana Negative Afterimage Terjadi

Dijelaskannya, disamping saluran grayscale (warna-warna piksel yang berada dalam rentang gradasi warna hitam dan putih) dan putih, kita juga punya saluran merah dan hijau, satu pertiga saluran biru dan kuning. Jadi kita dapat memberi kod setiap warna yang ada di lingkungan itu.

“Ketika Anda melihat sesuatu, misalnya, kuning dalam waktu yang lama, Anda akan menstimulasi sel yang secara positif tetapi sensitif pada kuning -begitu dalam saluran kuning dan biru,” katanya.

Aktiviti ‘sel’ itu akan meningkat. Namun setelah beberapa lama, aktiviti itu kepenatan sehingga  terjadi penurunan.

“Ketika Anda kemudian mengarahkan pandangan anda pada latar belakang seragam – katakanlah dinding kelabu– maka yang terjadi adalah sel itu tidak kembali pada keadaan rehatnya.

Ia pergi jauh lebih rendah dari itu. Penurunan ini – iaitu melemahnya kod kuning – yang memberikan tanda bagi warna yang berlawanan untuk menjadi lebih kuat. Oleh sebab itu Anda akan melihat biru,” jelasnya lagi.

Dengan demikian, dalam gambarkan di atas , sel-sel di mata kita yang mengidentifikasi warna biru menjadi lelah dan lemah, merangsang warna yang berlawanan, yaitu kuning, untuk jadi lebih kuat. Inilah akhirnya kita dapat melihat warna kulit yang lebih alami.

Show More

Related Articles

Back to top button