Gaya HidupKecantikan

8 Kosmetik Kalis Air & Peluh Yang Anda Perlukan Musim Ini

Tiada siapa yang suka apabila makeup mereka mula cair disebabkan peluh atau air  apabila berada di bawah sinaran matahari atau pun disebabkan terkena hujan. Oleh sebab itu, kami telah kumpulkan beberapa produk kecantikan kalis air yang akan membantu anda sepanjang musim hujan dan musim panas yang tidak menentu ini.

  1. Too Faced Shadow Insurance Anti-Crease Eyeshadow Primer

053116-Waterproof-Makeup-Slide1-Too-Faced-Eyeshadow-Primer

Bayangkan situasi ini: Anda bangun awal pagi (5 a.m.) semata-mata untuk mendandan diri anda sebelum ke tempat kerja. Anda telah menghabiskan masa selama 1 jam untuk siapkan makeup mata anda, hanya untuk melihatnya cair pada waktu lunch hour nanti. Oleh itu, pastikan anda gunakan primer Too Faced’s Anti-Crease Eyeshadow ini sebelum ada memakai eyeshadow anda untuk mendapatkan hasil yang lebih kekal lama.

2. MAKE UP FOR EVER Aqua Smoky Extravagant Waterproof Mascara

23601

Dalam kebanyakkan maskara kalis air yang ada di luar sana, ini adalah antara yang terbaik dalam melakukan tugasnya. Tambahan pula, aplikator maskara ini juga sangat unik! Hujung berusnya yang sangat kurus, akan membuatkan bulu mata anda kelihatan lentik dan penuh seperti seolah-seolah anda sedang memakai bulu mata palsu.

3. Benefit Cosmetics ka-BROW!

053116-Waterproof-Makeup-Slide3-Benefit-KaBrow

Pernahkah anda dengar istilah kening “On Fleek”? Produk ini mampu membuatkan anda mencapai matlamat itu! Formula krim-gel dan kalis air, Benefit Cosmetics ka-BROW! ini dikatakan, mampu mengekalkan kekemasan bulu kening anda selama 24 jam.

4. By Terry Line Designer Waterproof Eyeliner

053116-Waterproof-Makeup-Slide4-Terry-Eyeliner

Celak kalis air ini akan memberikan garis yang sangat halus dan tepat, terima kasih kepada hujung tirusnya nipis. Disamping itu, celak ini juga datang dalam 5 jenis warna yang berbeza (dan sangat CANTIK)

5. Dollup Beauty Liquid Matte Lip Spread
053116-Waterproof-Makeup-Slide5-Dollup-Beauty-Lipstick

Anda sendiri pun sedar bahawa ianya amat sukar untuk dapatkan lipstick Kylie’s Lip Kit. Jadi, daripada anda terpaksa menunggu sesuatu yang belum tentu anda dapat, apa kata anda cuba gincu Dollup ini, kerana percayalah, ia akan memberikan kepuasan yang anda mahu itu. Konsistensinya yang lembut umpama baldu akan memberikan kesan yang amat melembapkan disebabkan vitamin E dan minyak avocado yang ada di dalamnya. Selain itu, ia juga kalis air! Jadi jangan risau jika anda mahu makan atau minum sepuas-puasnya ketika memakai lipstick ini.

6. Kevyn Aucoin The Sculpting Powder

053116-Waterproof-Makeup-Slide6-Compact-Powder-Bronzer

Produk ini akan memberikan hasil kontur yang amat kemas untuk muka anda, tidak kira betapa kuat anda berpeluh hari itu. DAN, yang paling penting sekali produk ini sangat ringan, oleh itu, ia tidak akan kelihatan tebal di muka, seolah-olah anda sedang memakai topeng.

7. Estée Lauder Double Wear Waterproof All Day Extreme Wear Concealer

053116-Waterproof-Makeup-Slide7-Estee-Lauder-Concealer

Dengan produk ini, anda boleh katakan selamat tinggal kepada lingkaran hitam di bawah mata anda itu. Ia adalah bebas minyak dan juga kalis daripada sebarang kelembapan yang akan cuba menjejaskan makeup anda itu.

8. OOLA Liplux SPF 30 Original
053116-Waterproof-Makeup-Slide8-Sunscreen

Ia sangat sesuai untuk bibir anda jika anda mahu menghabiskan masa anda berjemur di pantai. Ia adalah hypoallergenic, memberikan perlindungan daripada UVA / UVB, mempunyai vitamin, diperkaya dengan antioksidan, dan juga amat tahan air

Sumber: http://www.instyle.com/beauty/water-sweat-proof-beauty-products-shop-this-summer#1330326

Tags
Show More

Related Articles