Gaya HidupKecantikan

4 Cara Untuk Menyembunyikan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata Anda

Walaupun anda bukan seorang yang selalu tidur lewat, keadaan lingkaran hitam di bawah mata anda masih akan kekal sama. Ada sesetengah hari, walaupun dengan menggunakan concealer yang paling anda percayai juga masih tidak mampu untuk membantu anda. Jadi, inilah sebabnya kami  mencadangkan 4 cara ini bagi mengurangkan penampilan lingkaran hitam anda itu.

1. Jika Anda Mempunyai Masa Selama Seminggu

041416-eye-cream-slide-2

Sekiranya kulit anda kelihatan lebih terhidrat, maka anda akan kelihatan lebih terjaga, dan dengan ini lingkaran hitam anda akan kelihatan lebih kurang jelas. Cuba gabungkan krim mata yang boleh menerangi kulit anda dengan segera dan juga memberikan efek pudar di kawasan bawah mata anda secara semula jadi dari semasa ke semasa ke dalam penjagaan kulit anda. Gel mata jenama Givenchy, Hydra Sparkling Luminescence  Eye  Reviver akan yang menyampaikan molekul air ke dalam lapisan kulit anda untuk mengurangkan keadaan bengkak dan perubahan warna.

2. Jika Anda Mempunyai Masa Selama Satu Malam

041416-eye-cream-slide-4

Selepas satu hari yang panjang, salah satu aktiviti untuk menenangkan diri anda adalah spa DIY pada waktu malam tu. Kualiti yang mampu mengurangkan kembung pada muka anda yang boleh didapati daripada timun, aloe vera, dan kafein adalah antara bahan yang digunakan dalam The Estée Edit’s Stress Relief Eye Masks. Ia juga akan mencerahkan kulit anda dengan segera. Selepas 10 minit, buang topeng itu, kemudian sapu muka anda dengan pelembap dan krim mata kegemaran anda, kemudian pergi tidur.

3. Jika Anda Mempunyai Masa Selama Satu Jam

041416-eye-cream-slide-3

Jika anda tidak mengambil masa yang lama untuk bersedia pada waktu pagi, jadi anda mungkin tidak memerlukan keseluruhan sejam itu untuk membetulkan warna kawasan di bawah mata anda. Palet Stila seperti Correct & Perfect ini sangat berguna kerana ia termasuklah dengan setiap  roda warna untuk meneutralkan lingkaran hitam kita. Warna yang anda gunakan semuanya bergantung kepada tona kulit anda  — sapu krim kuning untuk mengatasi warna biru atau ungu, atau cuba sapu warna hijau untuk menyingkirkan kemerahan pada kulit anda. Apricot dan oren membantu untuk menyembunyikan warna coklat. Sapu foundation anda ke atas bahagian atas, kemudian kekal kan kawasan bawah mata anda dengan sama ada bedak  kuning atau ungu.

4. Jika Anda Hanya Mempunyai Masa Selama 5 Minit

041416-eye-cream-slide-1

Cara yang paling mudah untuk menghilangkan lingkaran hitam cepat adalah dengan highlighter yang terbaik. Sapukan sejumlah kecil cecair highlighter seperti formula Anti-Penuaan Chantecaille dalam kod Sheen di bawah mata anda sebelum memakai concealer anda. Kilaun yang halus daripada highligher itu akan memantulkan cahaya dan berkesan menyembunyikan apa-apa perubahan warna pada kulit anda.

Sumber: http://www.instyle.com/how-tos/tips-hide-undereye-circles#1252876

Tags
Show More

Related Articles