Teknologi

15 Tips Genius Dalam Menggunakan Microwave

Jika selama ini anda rasa yang microwave hanya untuk kegunaan memanaskan makanan, maka anda sebenarnya telah ketinggalan zaman. Berikut adalah 16 hack microwave lain yang menarik yang perlu anda cuba!

  1. Mengupas bawang putih dengan cepat

 09-microwave-uses-garlic

Panaskan bawang putih yang anda mahu gunakan selama 15 saat dan kulitnya akan tertanggal dengan sendirinya. Air di dalam bawang putih itu akan dikukus dan memecahkan ikatan yang ada di antara bawang itu dengan kulitnya dan ini akan menanggalkan kulitnya dengan lebih cepat.

  1. Mengembalikan kesegaran roti

 10-microwave-uses-stale-bread

Jika anda terlupa untuk menyimpan roti anda dalam keadaan yang tertutup (dan menyebabkan roti itu kehilangan kesegarannya), apa yang perlu anda buat adalah balut roti dalam tisu lembap masukkan dalam mikrowave selama 20 saat. Kelembapan dari tuala itu akan menyerap ke dalam roti dan membuat ia kembali segar.

  1. Memudahkan proses membuat jus

 11-microwave-uses-juice-fruit

Sebelum memerah jus dari buah oren atau lemon, panaskannya di dalam mikrowave untuk 10 saat. Mikrowave itu akan melonggarkan gentian yang ada di dalam buah-buahan itu dan membuatkan proses memerah jusnya lebih mudah.

  1. Memanggang kacang dengan cepat
    12-microwave-uses-nuts
    Letakkan segenggam kacang dalam mangkuk ke dalam mikorwave, letak sedikit minyak dan panaskan selama 60 saat, dan kacau selepas setiap 1 minit. Keselurahan masa memasak adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis kacang yang anda panggang, tetapi kebiasaannya ia mengambil masa selama lima minit.
  1. Mengambalikan kelembutan gula perang
    13-microwave-uses-brown-sugar
    Apabila gula perang anda mula keras seperti batu, cuba trik ini. Lembapkan tisu, letakkan di dalam bekas gula anda, kemudian panaskan dalam microwave selama 25 saat. Kelembapan dari tisu itu akan dipindahkan kepada gula dan membuat ia lebih mudah untuk digunakan.
  1. Mempercepatkan proses membuat roti

 14-microwave-uses-bread-making

Letakkan 8 cawan air di belakang mikrowave. Letakkan doh di dalam mangkuk yang boleh digunakan dalam microwave dan letakkannya di tengah-tengah mikrowave dan panaskan pada kuasa yang paling rendah selama 3 minit. Biarkan dalam microwave selama 3 minit lagi. Panaskan adunan selama 3 minit lagi dan biarkan ia rehat selama 6 minit. Doh anda kini dua sudah berkembang sebanyak dua kali ganda dan sedia untuk dibakar.

  1. Melembutkan semula tekstur madu

 15-microwave-uses-honey

Jika madu anda telah keras, apa yang perlu anda buat adalah, hanya buka penutup bekas madu, dan panaskan dalam microwave dalam 30 hingga 40 saat sehingga ia kembali kepada tekstur asalnya. Pastikan anda tidak microwave madu anda dalam bekas plastik yang berbentuk beruang seperti di atas.

  1. Mengupas kulit sayuran dengan cepat

 16-microwave-uses-peel-veggies

Labu yang keras dan sesetengah sayuran adalah sukar untuk dikupas. Untuk membuat kerja anda lebih mudah, letakkan sayur-sayuran dalam microwave selama 2 hingga 3 minit pada kuasa yang rendah dan kulitnya akan lebih mudah untuk dikupas dan dipotong — hanya berhati-hati ketika mengeluarkan sayur-sayur yang panas itu  supaya anda tidak membakar jari anda.

  1. Menghasilkan buih pada susu anda

 03-microwave-uses-milk

Jika anda suka minum latte, atau cappuccino, anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli mesinnya. Sebaliknya, tuangkan susu ke dalam balang kaca, tidak lebih daripada separuh (untuk meninggalkan ruang untuk buih). Tutupnya dengan kemas dan goncangnya denganbersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 saat. Susu itu akan bertukar menjadi buih. Keluarkan penutup dan panaskan dalam microwave selama 30 saat supaya buih meningkat. Kemudian tuangkan ke dalam kopi kegemaran anda.

  1. Untuk membuat Quinoa

 08-microwave-uses-quinoa

Bilas dan letakkan 1 cawan quinoa dalam mangkuk. Tambah 2 cawan air. Tutup dan masak selama enam minit. Keluarkan, kacau, dan panaskan untuk 2 minit lagi. Biarkan quinoa untuk rehat selama 5 hingga 10 minit untuk membiarkan air lebihan untuk menyerap ke dalamnya.

  1. Membuat roti bakar Perancis

 04-microwave-uses-french-toast

Gosok sedikit mentega di bahagian bawah cawan; isi roti kedalamnya hingga penuh ke atas. Dalam cawan yang berasingan, campurkan 1 telur, 3 sudu susu, dan taburkan sedikit kayu manis dengan garpu. Tuangkan campuran ke dalam cawan dan micorwave selama satu minit.

  1. Membuat proses memotong bawang menjadi lebih mudah

 01-microwave-uses-onions

Untuk mengelakkan daripada menangis semasa mencincang bawang, basuh bawang, potong hujungnya dan microwave selama 30 saat sebelum memotong. Sebab mengapa anda menangis semasa memotong bawang adalah kerana pisau itu telah merosakkan sel bawang, menyebabkan pembebasan gas sulfurik. Gas ini bertindak balas dengan saluran air dan kemudian merengsa mata anda. Memanaskan bawang terlebih dahulu sebelum memotongnya akan memisahkan enzim yang memulakan pembebasan gas itu.

  1. Melembutkan sayuran hijau

 07-microwave-uses-collard-greens

Sayuran hijau sememangnya lazat, tetapi ia sangat mudah terdedah kepada keretakan dan terbelah apabila ia keras. Untuk melembutkan sayur itu, basuh dengan baik dan microwave selama 10 saat. Ia akan cukup fleksibel untuk digulung dengan mudah.

  1. Melembutkan kacang

06-microwave-uses-beans
Letakkan kacang dalam hidangan yang besar dan masukkan 3 cawan air untuk setiap 1 cawan kacang kering. Microwave dalam suhu yang tinggi sehingga mendidih (kira-kira 12 hingga 15 minit). Keluarkan dari microwave dan biarkan selama 1 jam. Toskan kacang dan bilas dengan air sejuk.

  1. Membuat mentega yang berperisa

05-microwave-uses-butter

Microwave 1 batang mentega tanpa garam untuk 30 saat, sehingga cair. Tambah sedikit garam dan daun sage segar. Teruskan pemanasan selama 30 saat lagi sehingga wangi. Kemudian sapu di atas roti anda.

Sumber: http://www.rd.com/food/fun/microwave-tips/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker