AntarabangsaPolitik

Pilihanraya Presiden Peru: Adakah Anak Bekas Presiden Berkontroversi Akan Menang?

Alberto Fujimori merupakan bekas Presiden Peru berkontroversi yang telah menamatkan tugasannya sebagai pemimpin negara itu dengan melarikan diri ke Jepun kerana terlibat dalam satu skandal besar yang melibatkan rasuah dan juga pencabulan hak asasi manusia.

Beliau telah mentadbir Peru selama satu dekad (10 tahun) daripada 28 Julai, 1990 sehingga 22 November, 2000. Tetapi, ibarat “sepandai-pandai tupai melompat dan akhirnya jatuh ke tanah juga”, Alberto telah ditangkap pada tahun 2005 semasa berada di Chile dan dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun pada 2009 di Peru.

Kini, anak kandungnya, Keiko Fujimori kemungkinan besar bakal ‘mengikuti jejak langkahnya’ apabila namanya terpapar dalam pusingan kedua dalam pemilihan Presiden baharu Peru untuk Pilihan Raya mereka kali ini.

Seorang lagi calon Presiden yang bertanding, Pedro Pablo Kuczynski pula adalah bekas eksekutif Bank Dunia dan bekas Perdana Menteri Peru yang juga telah berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Menteri Kewangan.

Menurut pegawai pilihan raya, dengan lebih daripada 92% undian yang di kira pada hari Isnin semalam, kedua-dua calon tersebut berada dalam persaingan yang amat sengit.

Kuczynski mendahului dengan 50.3% undian manakala Fujimori pula meraih 49.6% undian. Walaupun peratusnya nampak tidak jauh berbeza, namun Kuczynski sebenarnya menerima sebanyak 103,000 undi majoriti.

Tetapi, pegawai berkata, mereka masih sedang mengira undi, termasuk undian yang dilakukan di luar negara.

MASA LAMPAU BERKONTROVERSI

Keiko Fujimori bukanlah wajah baru pada pengundi di Peru. Beliau telah dilantik menjadi ‘First Lady’ (Wanita Pertama) ketika ayahnya menjadi Presiden selepas ibu-bapanya itu bercerai. Pada masa yang sama, beliau juga dilantik untuk menjadi salah seorang ahli kongres Peru pada tahun 2006.

Ketika zaman kepimpinan ayahnya sebagai presiden pada tahun 1990 hingga 2000, beliau telah mendapat penghargaan apabila berjaya mengembalikan kestabilan ekonomi pada negara itu dan menewaskan kumpulan gerila Maoist Shining Path yang menjalankan serangan keganasan.

Walaubagaimanapun, sifat ‘kuku besi’ Alberto membawa kepada pertuduhan rasuah dan juga pencabulan hak asasi manusia. Akhirnya pada tahun 2009, beliau dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun selepas didapati bersalah dalam meluluskan operasi skuad kematian (death squad) yang bertanggungjawab dalam membunuh orang awam.

Selain itu, antara tuduhan kesalahan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan olehnya termasuk mengadakan kempen ‘perancangan keluarga’ secara besar-besaran, di mana seramai 215,000 orang wanita dipaksa untuk disterilkan daripada tahun 1996 hingga 2000.

PENGGAL LIMA TAHUN

Pemenang pada undian pusingan kedua ini akan menjadi menjadi Presiden Peru untuk penggal lima tahun yang akan datang.

Sehingga saat ini, Kuczynski masih mendahului undian dengan majoriti 103,000 undian, tetapi ia masih tidak menjamin apa-apa selagi keputusan rasmi tidak keluar.

Terdapat juga segelintir pihak yang risau bahawa sekiranya Keiko menjadi Presiden, beliau akan memberi pengampunan dan membebaskan ayahnya daripada terus menjalani hukuman.

 

Walaubagaimanapun, Keiko menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa semua itu adalah penipuan yang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya.

Malah, Keiko telah berhasrat untuk memberi pampasan kepada wanita yang telah disterilkan di bawah pemerintahan bapanya dan pada masa yang sama, beliau tidak akan mengampunkan ayahnya bagi jenayah itu.

Sebagai jaminan yang melambangkan bahawa janjinya akan ditepati, Keiko telah menandatangani satu dokumen yang menyatakan perkara tersebut ketika berada di sebuah sesi perbahasan.

Jadi, siapakah yang bakal menjadi Presiden baharu Peru? Adakah Keiko akan berjaya dalam mengikuti jejak langkah ayahnya? Sama-sama kita tunggu keputusan rasminya tidak lama lagi.

http://edition.cnn.com/2016/06/05/americas/peru-elections/index.html

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker