Gaya HidupKecantikanKesihatan

Air Paip Adalah Punca Kepada Jerawat Anda

Jika anda tidak dapat menentukan dari mana sebenarnya punca jerawat yang muncul secara tiba-tiba di muka anda, anda mungkin telah terlepas pandang terhadap satu punca utama ini: air paip anda!

“Apabila anda mencuci muka dengan air paip, ia bertindak keras pada kulit anda,” kata Ellen Marmur, M.D., pakar dermatologi di New York City.

Beliau menerangkan bahawa ia boleh menyebabkan jerawat kerana ia akan mengeringkan kulit anda, seterusnya, meningkatkan keradangan.

Walau bagaimanapun, Ia juga bergantung kepada jenis H2O yang anda gunakan dan begitu juga tahap sensitiviti kulit anda.

Contohnya, jika anda mempunyai ekzema atau rosacea, anda mungkin akan mendapati bahawa air paip akan rasa lebih menjengkelkan pada kulit anda, kata Joshua Zeichner, M.D., pakar dermatologi New York City.

(Limescale—bahan berkerak berwarna putih yang tumbuh di kepala paip, tab, dan sinki—adalah petunjuk besar bahawa anda mempunyai air yang keras, menurut EPA Water Consultants.)

Sekiranya air yang sinki anda alirkan adalah air yang keras, ia boleh menjadi penyebab kepada jerawat anda. “Air yang keras mengandungi tahap kalsium dan magnesium yang tinggi berbanding mineral lain, oleh itu, ia akan mengganggu kesihatan kulit anda,” kata Zeichner.

“Apabila lapisan luar kulit anda mula terjejas, anda akan mengalami keradang kulit dan kulit anda tidak akan boleh melindungi dirinya seperti yang ia sepatutnya.” Namun begitu, air yang lebih lembut telah pun melalui proses penapisan, oleh itu, ia telah mengeluarkan mineral keras yang ada di dalamnya, kata Zeichner .

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan air paip daripada menyerang kulit anda? Berikut adalah antara langkah-langkahnya:

  1. Gunakan Pembersih Yang Lembut
    934755_xlarge
    Bagaimana anda mencuci muka anda memberikan perbezaan yang besar. Oleh sebab anda sudah tahu bahawa air paip boleh mengeringkan kulit anda, gunakan pembersih yang lembut apabila anda membilasnya. Ini kerana, Ia mempunyai keseimbangan pH yang serasi dengan kulit anda.

 

  1. Dapatkan Penapis Air
    94729_IMAGENAME-136397981279602601
    Ini akan menyingkirkan semua zarah tidak baik dalam air paip anda, kemudian meninggalkan anda dengan air yang lebih lembut, untuk menjamin kulit yang lebih bersih.

 

  1. Dapatkan Rawatan Jerawat
    1450090885-acne-treat
    Jika jerawat anda sangat teruk, anda mungkin mahu menambah produk preskripsi seperti Aczone kepada rutin penjagaan kulit anda, kata Zeichner. Produk OTC yang mengandungi peroksida benzoyl dan asid salisilik juga membantu membuka liang-liang yang tersumbat dan menyingkirkan minyak yang berlebihan.

 

  1. Gunakan Pelembap
    Regen_MicroSculpCream_Carousel_3

Cari produk yang mempunyai bahan-bahan yang menenangkan seperti asid hyaluronik — ia memberikan kelembapan kepada kulit anda dan juga tahan lama, kata Marmur. Beliau mencadangkan Krim Olay Regenerist Micro-Sculpting.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/beauty/tap-water-acne-breakouts

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker