Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

7 Sebab Mengapa Sambal Adalah Baik Untuk Anda

“Sambal tidak mempunyai kalori, bahan-bahan tiruan dan sangat sesuai untuk membantu diet anda,” kata Isabel Smith, RD, seorang pakar diet selebriti di New York dan pakar kecergasan.

Berikut adalah tujuh sebab yang disokong secara saintifiknya mengapa makanan pedas adalah baik untuk anda.

  1. Ia boleh membantu bakar lemak anda

Ya, kini bersenam bukanlah satu-satunya cara untuk membakar lemak anda!

Malah, penyelidik daripada Hokkaido University Graduate School of Medicine di Jepun mendapati bahawa penggunaan bahan kimia yang ditemui dalam cili boleh meningkatkan bilangan dan aktiviti sel-sel lemak perang dalam badan anda — yang dikenali untuk membakar tenaga berbanding menyimpannya seperti sel-sel lemak putih.

“Satu lagi molekul dalam cili, capsaicin, telah terbukti membantu meningkatkan jumlah tenaga yang telah digunakan tanpa perlu anda bergerakan secara berterusan,” kata Smith.

  1. Ia mampu mengurangkan selesema anda

“Lada  secara umumnya adalah sangat bagus untuk sistem imun anda,” kata Smith.

“Selain mampu mengurangkan kesesakan membran mukus di hidung dan paru-paru anda, ia membantu merangsang rembesan dalam saluran pencernaan anda.”

Disamping itu, satu auns lada jalapeno mengandungi kira-kira 40 miligram vitamin C — hampir sama seperti satu biji buah oren! Kami tidak mendakwa ia adalah satu pil ajaib untuk menyembuhkan selesema, tetapi ia pasti lebih berkesan daripada Nyquil.

  1. Ia boleh memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser

Satu kajian dari tahun 2006 mendapati bahawa dos capsaicin yang tinggi mampu memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser prostat pada tikus sehingga 80 peratus.Walaupun ia hanya satu kajian yang dilakukan pada tikus, pakar berkata ia masih mempunyai merit: “Seperti capsaicin, lada cili adalah sumber besar vitamin C, beta-karotena, dan kalium, dan ia juga mengandungi karotenoid, — warna merah dan oren dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kebolehan dalam perlindungan kanser, “kata Elizabeth Shaw, R.D.N. dan pengasas bagi Shaw’s Simple Swaps. 

  1. Ia boleh melegakan sakit dan ketegangan otot

    Apabila anda bersenam, otot dan sendi anda akan sedikit terjejas. Tetapi itu tidak ada masalah besar jika anda mempunyai banyak sos pedas di rumah.Penyelidikan dalam Jurnal Persatuan Antarabangsa Perubatan Sukan mendapati bahawa curcumin, salah satu bahan utama dalam rempah kunyit India, mungkin mempunyai keupayaan untuk merehatkan otot yang tertekan. 

  1. Ia mampu membuatkan anda rasa lebih bahagia

Selain daripada memuaskan selera anda, sos pedas sebenarnya mempunyai manfaat dalam meningkatkan mood anda.

“Sama seperti selepas melakukan senaman yang berpeluh, sos pedas mampu meningkatkan penciptaan endorfin dalam badan kita, dengan bantuan daripada molekul capsaicin,” kata Shaw.

  1. Ia boleh melindungi anda daripada penyakit jantung

Capsaicin dan capsaicinoids, yang ditemui dalam jalapenos, habaneros, dan cili yang lain, mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada orang yang mempunyai masalah jantung dan juga mengurangkan risiko daripada berlakunya pembekuan darah.

Penemuan dari Persatuan Kimia Amerika (ACS) ini, menyokong teori bahawa sedikit sos pedas benar-benar boleh pergi lebih jauh.

  1. Ia mampu membuatkan anda hidup lebih lama

Satu kajian baru mendapati bahawa orang yang suka makanan pedas mampu hidup lebih lama! Penyelidik dari Akademi Sains Perubatan China telah menganalisis penggunaan makanan pedas pada hampir 500,000 orang yang berumur dari 30 hingga 79 tahun di 10 kawasan berbeza di China.

Mereka mendapati bahawa mereka yang makan makanan pedas enam atau tujuh kali seminggu mempunyai risiko 14 peratus lebih rendah daripada mengalami kematian awal berbanding mereka yang hanya makan makanan pedas sekali seminggu atau lebih kurang daripada itu.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/food/benefits-of-spicy-food

 

Show More

Related Articles

Back to top button