FesyenGaya Hidup

5 Tip Untuk Mendapatkan Gaya Rambut Yang Bergaya Setiap Hari

Jika anda antara lelaki  yang rambutnya kekal kemas dan sempurna walaupun baru bangun dari tidur, maka artikel ini bukanlah untuk anda. Tetapi jika anda antara yang perlu memberikan komitmen 200% untuk mendapatkan gaya rambut yang konsisten dan kemas setiap hari, kami ada beberapa cara untuk membantu anda mencapai gol itu dalam masa yang singkat.

  1. Pastikan anda tahu gaya apa yang anda mahukan

David-Beckham-Hair-2015-

Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh ramai lelaki apabila mereka pergi potong rambut adalah, mereka tidak tahu gaya apa yang mereka mahukan dan menyerahkan 100% kepada penggunting rambut untuk membuat keputusan untuk mereka.

Lakukan beberapa kajian terlebih dahulu sebelum anda membuat temu janji. Lihat gaya rambut selebriti kegemaran anda atau gaya rambut rakan-rakan anda sebagai inspirasi. Kemudian ambil gambar contoh gaya rambut yang anda mahu dan tunjuk pada penggunting rambut anda.

2. Cari gaya yang sesuai dengan tekstur rambut anda

maxresdefault

Antara cara untuk mendapatkan gaya rambut yang sempurna adalah, pastikan anda dapatkan potongan rambut yang sesuai dengan tekstur rambut anda. Tanya kepada penggunting rambut anda, panjang mana dan bentuk apakah yang sesuai dengan anda.

3. Gunakan pengering rambut

as

Setelah mereka selesai memotong rambut anda, ada keberengkalian yang mereka akan menyuruh anda menggunakan pengering rambut di rumah untuk memberikan hasil yang lebih penuh untuk rambut anda. Ini kerana, pengering rambut akan membantu rambut anda yang halus dan nipis itu menjadi lebih tebal dan membuatkan anda kelihatan kurang berserabut.

4. Gunakan apa-apa produk sebagai asas untuk rambut anda

hair-intro

Untuk mendapatkan gaya rambut yang kemas, kekal, dan bergaya, anda perlu menggunakan sedikit produk seperti gel atau krim pada rambut anda. Jika tidak, rambut anda akan jatuh dan kelihatan tidak menarik.

5. Berikan rambut anda sedikit ‘Uumph’

american-crew-classic-boost-powder-215.gif

Langkah terakhir untuk dapatkan gaya rambut yang terbaik adalah dengan menggunakan produk penebalan untuk memberikan efek penuh dan kemas pada rambut anda. Jika anda boleh menyisir rambut anda dengan jari tanpa kehilangan gaya asal rambut anda, maka tiada apa lagi yang perlu dirisaukan kerana rambut anda akan kelihatan kekal hebat sepanjang hari.

 

Sumber: http://www.menshealth.com/grooming/great-hair-every-day

Tags
Show More

Related Articles