Gaya HidupPercutian

9 Perkara Yang Diperlukan Untuk Penerbangan Anda

Sama ada anda sememangnya seorang pengembara atau ini adalah kali pertama anda mahu keluar daripada negara anda, anda mungkin akan lupa akan beberapa barang keperluan yang perlu di bawa untuk penerbangan anda nanti.

Berikut kami senaraikan antara barang-barang penting yang anda tidak mahu lupakan apabila anda akan menaiki penerbangan yang mengambil masa yang panjang:

1. Wang tunai / kredit kad / IC.

Jika anda mahu pergi bercuti, barang-barang ini adalah sangat penting untuk dibawa bersama.

Tetapi sekiranya anda terlupa untuk membawa IC anda, pastikan sekurang-kuranga anda punya fotokopi pasport anda.

Selain itu, anda perlu sediakan wang tunai sebanyak beberapa ratus terlebih dahulu jika anda akan ke antarabangsa.

2. Pakaian penerbangan anda

Jika penerbangan anda mengambil masa yang lama, ianya adalah lebih baik untuk anda menyalin kepada pakaian yang lebih selesa dan longgar.

Tips yang terbaik adalah, jangan lupa bawa stoking mampat anda bagi mengelak daripada mempunyai kaki yang bengkak apabila anda tiba di destinasi kelak.

3. Hiburan

Jangan lupa untuk memuat turun filem atau rancangan TV kegemaran anda sebelum anda menaiki kapal terbang.

Anda juga mungkin akan memerlukan iPhone, iPad, atau iPad Mini anda. Bagi yang tidak sukakan gajet, mungkin buku dan majalah adalah alternatif yang baik.

Tetapi apapun, ambil tahu lebih awal jika penerbangan anda mempunyai skrin di tempat duduk belakang di hadapan anda atau tidak supaya anda boleh mengisi masa lapang dengan lebih baikm

4. Makanan ringan

Selain daripada dapat memenuhkan perut anda, ini juga bagus untuk anda daripada berbelanja secara berlebihan di lapangan terbang.

Namun begitu, terdapat banyak lapangan terbang yang memberikan pilihan makanan sihat dan enak yang tidak akan merosakkan badan anda – jadi ianya tidak begitu rugi sekiranya anda mahu berbelanja untuk itu.

5. Semua barangan elektronik yang anda mungkin lupa

Pengecas telefon, kamera dan memori kad, bateri ekstra, dan powerbank!

6. Barangan Penghidratan

Penerbangan secara semula jadinya akan membuat ramai penumpangnya berasa kering, jadi banyakkan minum H2O anda.

Oleh itu bawahlah bersama beberapa pek Vitamin C, losyen, pelembap bibir bagi membantu anda dalam kondisi begitu.

7. Beg plastik (Zip Lock)

Ya, anda memerlukan ini dengan lebih kerap dari yang anda sangka. Kerana antara penggunaannya adalah anda boleh menggunakan mereka untuk menyimpan pakaian kotor anda!

8. Bawa headphone anda sendiri

Membawa headphone anda sendiri kerana ia lebih selesa.

 

9. Haiwan peliharaan / Surat-suratan / Tumbuhan

Perkara di atas bukan untuk anda bawa bersama dalam penerbangan. Tetapi untuk anda tentukan siapa yang perlu menjaga semua itu semasa anda tiada di rumah. Upah sesiapa yang rapat dengan anda atau mereka yang anda kenali untuk membantu.

 

Sumber: http://www.lifehack.org/401535/10-things-you-need-for-your-next-flight

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button