Gaya HidupKesihatan

Patutkan Anda Risau Dengan Biji Merah Yang Keluar Dari Kulit Anda?

Sememangnya ia adalah sesuatu yang agak menakutkan jika anda terjumpa tanda yang pelik-pelik tiba-tiba muncul pada badan anda: Tahi lalat Baru (dan perubahan pada yang sedia ada) boleh menjadi tanda-tanda kanser kulit.

Jadi ramai yang akan tertanya-tanya: Bagaimana pula dengan titik merah cerah atau lebam pada badan mereka, adakah mereka patut risau, atau adakah ianya normal?

Pertama sekali yang anda perlu tahu adalah ketumbuhan yang tumbuh pada kulit anda itu dipanggil angiomas ceri.

Berita baiknya di sini ialah, mereka benar-benar tidak berbahaya, kata Gary Goldenberg, M.D., Penolong Profesor klinikal dermatologi di Icahn School of Medicine di Mount Sinai.

“Ketumbuhan ini mewakili koleksi saluran darah kecil dan ia boleh kelihatan sebagai warna merah, kadang-kadang biru, atau ungu,” katanya.

Menurut beliau, mereka muncul apabila ada berlaku satu penumbuhan yang terlalu cepat daripada saluran darah di dalam satu kawasan.

Kedua-dua lelaki dan wanita boleh terdedah kepada angiomas ceri, dan ia semua bergantung kepada genetik anda. (Oleh itu, jika anda tertanya-tanya jika mereka akan muncul satu hari, periksa kulit ibu dan bapa anda terlebih dahulu)

Adakah anda sudah mempunyai bintik merah itu seluruh hidup anda atau tidak pernah melihatnya lagi?

“Dalam sesetengah pesakit, mereka boleh muncul lambat,” kata Goldberg.

Kebanyakan orang biasanya akan mengalaminya dalam lewat dua puluhan mereka, dan mereka akan terus muncul sepanjang hayat.

Kebanyakan doktor tidak pasti mengapa bintik itu muncul pada masa yang tertentu tetapi Goldenberg berkata mungkin itulah masanya di mana secara genetiknya bintik itu akan diprogramkan untuk tumbuh.

Bagi kebanyakan kes, tidak ada keperluan untuk berbuat apa-apa terhadap angiomas ceri anda.

Walaupun begitu, jika bintik-bintik itu cenderung untuk mudah berdarah jika di usik, anda perlu berjumpa dengan doktor anda sekiranya ia mungkin menjadi apa-apa yang lebih serius, kata Goldenberg.

Jika bintik-bintik ini muncul di tempat-tempat yang anda tidak mahu mereka muncul (seperti pada muka anda), ia boleh dirawat untuk tujuan kosmetik, menurutnya lagi.

Anda boleh menghapuskannya dengan rawatan yang hampir tidak menyakitkan dengan menggunakan laser dye berdenyut seperti VBeam.

Peranti ini menghasilkan cahaya yang menghapuskan saluran darah yang tidak normal.

Tetapi anda perlu ingat bahawa rawatan ini boleh menjadi sangat mahal. Menurut RealSelf, sebuah laman web yang didorong oleh masyarakat dengan statistik terhadap rawatan kosmetik dan estetik, kos purata satu sesi adalah sebanyak RM1534, dan ia mungkin boleh mengambil beberapa sesi jika anda mempunyai lebih daripada satu tempat yang anda mahu rawat.

Tambahan pula, angiomas ceri ini boleh kembali walaupun selepas anda membuang mereka. Tapi, sekurang-kurangnya mereka tidak berbahaya.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/beauty/cherry-angioma

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker