Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Mengapa Anda Perlu Mula Makan Kuning Telur

10_egg_yolk_ravioli_300

Sedar atau tidak, kuning telur merupakan salah satu sumber khasiat yang penting untuk badan anda. Sekiranya anda membuat keputusan untuk menyingkirkan pengambilan kuning telur dalam diet anda, ia ibarat anda telah menghalang diri anda daripada memperoleh nutrisi yang sangat penting. “Memotong pengambilan kolesterol dalam diet anda adalah sesuatu yang tidak relevan, tambah-tambah lagi, apabila ia sebenarnya menggalakkan kesihatan jantung dan tahap kolesterol darah yang sihat,” kata Donald K. Layman, Ph.D., Profesor Emeritus sains makanan dan pemakanan manusia di Universiti Illinois.

Selama beberapa dekad, kebanyakan info tentang pencegahan penyakit jantung datang dari kajian Framingham pada tahun 1940-an, yang mengaitkan bahawa tahap kolesterol darah tinggi yang lebih tinggi  akan menambah lagi risiko kepada penyakit jantung dan serangan jantung. Oleh itu, dalam usaha untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, mereka telah mencadangkan pemotongan pengambilan kolesterol (dalam hal ini, kolesterol yang dimaksudkan adalah telur).

Tetapi, isunya sekarang: Kurang daripada separuh orang yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan mereka tetap mempunyai penyakit jantung” kata Layman. “Kolesterol yang tinggi tidak akan dapat mengesahkan bahawa anda menghidap penyakit jantung atau tidak”. Diet terhadap kolestrol tidak mampu mengubah tahap kolesterol dalam darah anda — kecuali bagi orang-orang yang mempunyai masalah metabolisme kolesterol, kata Patricia Vassallo, M.D., pakar kardiologi di Hospital Memorial Northwestern.

egg-yolks-heart

Mengikut Mayo Clinic, cara untuk memulihkan tahap kolesterol dalam darah anda secara semulajadi adalah, anda perlu berhenti mengambil lemak trans, makan lebih banyak asid lemak omega-3, dan makan lebih banyak serat. Jika anda memang sedia sihat, anda tidak perlu makan kolesterol. Ini kerana hati anda sudah bersedia untuk ‘bertugas’ sekiranya berlaku apa-apa kes yang melibatkan kekurangan kolesterol dalam diet anda.

Hakikatnya, tidak ada sebab sebenar mengapa anda perlu berhenti mengambil kuning telur dalam diet anda. Lagipun, telur adalah sumber bioavailable nombor 1 protein, yang bermakna badan anda boleh menyerap dan menggunakan protein yang dibawa oleh kuning telur itu dengan lebih baik berbanding protein yang dibawa daripada makanan lain, kata Patton.

Satu biji telur itu mampu memberikan anda sebanyak  6 atau 7 gram protein, bergantung kepada saiznya. (Ya, betul: Kuning telur juga mengandungi protein).  Disamping itu, kajian dari University of Surrey di U.K. menunjukkan bahawa telur mempunyai salah satu daripada nisbah ketumpatan tenaga-kepada-nutrien yang rendah berbanding dalam makanan lain. Kuning telur khususnya kaya dengan fosforus, zink, dan vitamin B, choline, dan antioksidan.

1997

Jika digabungkan, semua nutrien-nutrien itu bermakna: tenaga yang lebih baik, kurang keradangan, penurunan berat badan dengan lebih mudah, lebih banyak otot, dan otak yang lebih pintar. Malah, dalam satu kajian American Heart Journal pada tahun 2015, bagi orang yang sudah mempunyai penyakit arteri koronari, mereka boleh makan sebanyak tiga biji telur sehari dan itu juga tidak akan mendatangkan apa-apa masalah kepada mereka.

Jadi adakah anda masih rasa bahawa kuning telur akan membuatkan kolesterol anda melonjak naik dengan mendadak?

 

Sumber: http://www.menshealth.com/nutrition/start-eating-more-egg-yolks

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker