Gaya HidupKesihatan

Boleh Percaya Ke Iklan Ubat Penawar Kanser Payudara?

Kekerapan panyakit kanser yang sering berlaku di kalangan wanita di Malaysia adalah kanser payudara. Terdapat 3525 pesakit wanita yang berdaftar di dalam Daftar Kanser Kebangsaan – Statistik Kanser Malaysia 2006.

Kanser boleh dicegah dengan menyedari gejala kanser. Antaranya adalah

  • Permulaan haid yang awal (bermula ketika berumur <12 tahun)
  • Menopaus pada umur yang lewat (berakhir ketika berumur >55 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak (nulliparity)
  • penggunaan terapi hormon gantian secara berpanjangan (melebihi 5 tahun)
  • Melahirkan anak pertama pada usia melebihi 30 tahun

Dengan kes kanser yang semakin meningkat, ia dilihat sebagai peluang perniagaan bagi sesetengah peniaga dan mereka menjaja nama perniagaan yang mejual produk makanan tambahan (Supplement) dan ubat tradisional untuk menawar kanser payudara.

Contohnya, seperti iklan pertama di atas yang mengiklankan produk anti kanser. Ia kononnya mendapat  maklum balas yang positif daripada pelanggan,  bahawa produknya berjaya membantu menawar kanser ini.

Bagi iklan kedua pula, satu anekdot mengisahkan seorang pelanggan yang minum Jus Delima dan kemudiannya disahkan oleh doktor beliau telah sembuh daripada kanser payu dara tahap 2 (selepas muntah-muntah beserta darah).

Antara cara peniaga untuk menarik minat pelanggan kepada produk mereka adalah dengan menggunakan kaedah retorik. Kaedah retorik adalah penggunaan bahasa dan ayat yang mampu mempengaruhi fikiran pembaca untuk mencuba produk mereka. Secara logiknya, kaedah seperti ini akan membuat pelanggan terpengaruh dan ingin membeli produk anda.

Namun begitu, adakah produk-produk yang beria-ia mendakwa dapat menjadi penawar kepada kanser payudara ini benar-benar berkesan? bagi menjawab soalan tersebut, terdapat beberapa isu yang perlu ambil tahu oleh para pembaca jika berminat untuk membeli produk-produk seperti yang diiklankan di atas.

960x500xbc_postop_radio.jpg.pagespeed.ic._uOgsWctbQ

Isu Pertama

Walaupun peniaga mendakwa produk mereka mampu merawat kanser, mereka tetap tidak mempunyai sebarang bukti yang saintifik yang mampu membuktikan dakwaan tersebut.

Bukti yang dimaksudkan adalah kajian kesan produk tersebut ke atas pesakit melalui percubaan klinikal. Kementerian Kesihatan telah meluluskan pelbagai rawatan bagi kanser payudara, contohnya, rawatan pembedahan untuk membuang tisu kanser, kemoterapi (penggunaan ubat sitotoksik untuk membunuh sel kanser) dan terapi radiasi.

Isu Kedua

Kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah amat penting sekiranya anda mahu melakukan sebarang pengiklanan terhadap sesuatu produk yang mendakwa mampu menyembuh penyakit. Setiap iklan yang diluluskan akan diberikan nombor kelulusan pengiklanan contoh: KKLIU/1234/ABCDE.

Isu Ketiga

Di bawah Akta Ubat (Pengiklanan & Jualan) 1956, sebarang pengiklanan berkenaan rawatan kanser adalah dilarang sama sekali. Berdasarkan Seksyen 3(1) akta tersebut, adalah menjadi kesalahan untuk mengiklankan salah satu daripada 20 jenis penyakit berikut:

  1. Penyakit/kerosakan buah pinggang
  2. Penyakit/kerosakan jantung
  3. Kencing manis
  4. Sawan
  5. Lumpuh
  6. Batuk kering
  7. Asma
  8. Kusta
  9. Barah/kanser
  10. Pekak
  11. Ketagihan dadah
  12. Hernia
  13. Penyakit mata
  14. Tekanan darah tinggi
  15. Sakit mental
  16. Kemandulan
  17. Frigidity (masalah kurang berminat melakukan hubungan seks/kesukaran mencapai orgasma)
  18. Lemah fungsi seks/mandul
  19. Penyakit venereal (penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks)
  20. Penyakit saraf yang berkait dengan hubungan seks

 

cancer-analysis

Oleh itu, pengiklankan produk ubat yang dibuat tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat atau mengiklankan produk/servis yang mendakwa mampu merawat atau mencegah 20 jenis penyakit di atas boleh didakwa di mahkamah.

Jika didapati bersalah, hukuman yang akan dikenakan adalah denda maksimum sebanyak RM3000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya bagi sabitan kali pertama.

Bagi pesalah yang melakukan kesalahan berulang, denda maksimum adalah RM5000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas pesalah.

Kesimpulannya, elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dan taktik kotor pemasaran produk kerana kanser payu dara merupakan penyakit yang memerlukan rawatan dan pemantauan rapi oleh pengamal perubatan yang bertauliah.

Oleh itu, kebanyakan produk-produk yang dijual itu tidak mampu menjamin penyembuhan kanser seperti yang didakwa. Dengan ini pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan palsu yang ditunjuk.

 

Sumber: http://www.mmgazette.com/iklan-penawar-kanser-payudara-retorik-realiti-khairul-naim-bin-zainal-abidin/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker