Gaya HidupMakan & Minum

5 Kafe Baru Di Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Cuba!

Mungkin anda telah bosan kafe-kafe yang anda selalu pergi sebelum. Dan juga sudah tiba masanya untuk anda mencuba sesuatu yang baru!

Seperti yang kita sedia maklum, KL sememangnya penuh dengan tempat-tempat rekreasi yang sangat banyak, dan dengan adanya tempat-tempat kafe inovatif baru yang anda perlu cuba! berikut adalah 5 kafe baru yang terdapat di KL:

LEPAQ LEPAQ

Sarapan besar di kafe ini dapat menyediakan cukup untuk tiga orang! Menu tambahan baru mereka yang bernama “Rainy Day Coffee” sedang meletup di media sosial!

Apa yang menarik tentang kopi ini adalah, terdapat gula-gula kapas yang tergantung di atas kopi hitam itu. Stim daripada kopi itu akan mencairkan gula-gula kapas tersebut dan ia akan menitis ke dalam minuman di bawahnya.

Bagi menu untuk sarapan besar di cafe ini ,mereka menyediakan  – truffle telur, sosej, kentang hash, ham, tomato, cendawan, kacang dan roti – anda akan dapat semua ini dengan harga RM55.

Tempat : 687 Jalan Ceylon, KL.
Tel: 03 2022 2293.

WHUP WHUP

Kedai ini mempunyai ruang yang sangat besar dan luas. Pada asalnya kedai ini merupakan sebuah kilang benang tetapi kini telah berubah menjadi sebuah kafe.

Ia memberikan suasana yang sangat mesra dengan lampu pencahayaan yang cantik, meja berkomunal, dan juga mempunyai suasana yang bertemakan reka bentuk rustic.

Rakan kongsi yang terdiri daripada Liang, Pojoo, dan Levi, telah melakukan kerja yang baik dengan mengekalkan lantai simen yang asal, dan ia merupakan salah satu perbezaan kepada mood fantasi itu.

Makanan yang diilhamkan dari Perancis seperti kekapis dengan puri kuning telur yang masin, dada itik panggang yang diletak di atas pasta, dan salmon dengan salsa nenas, dan semua itu boleh didapati dengan RM30.

Tempat: 12 Jalan SS13 / 3B, Subang Jaya.
Tel: 03 5612 6250.

GREYHOUND CAFÉ

Thailand Greyhound Café akhirnya telah datang ke negara kita!

Anda kini boleh menikmati sayap ayam (chicken wings) mereka yang telah diperap dalam sos ikan, selain itu seperti carpaccio salmon, salad lasagna, salad DIY yang terdiri daripada daun salad, kepingan mi beras, ayam, sos cili dan tangkai daun ketumbar,

DAN… mee ‘Complicated’ mereka, yang sering menjadi topik perbualan hangat bagi  peminat-peminat makanan di luar sana.

Ruang yang disediakan sangat moden dan canggih serta dihiasi dengan tanaman-tanaman yang cukup sesuai untuk susana sarapan lewat pagi anda pada hujung minggu.

Tempat: 101 Jalan Bukit Bintang, KL.
Tel: 018 386 1228.

DOTTY’S

Donut croissant Dotty adalah donut yang mampu memberikan pukulan hebat dua kali ganda kepada anda.

Tambahan itu, terdapat juga pastry puff yang dipenuhi dengan inti cecair kuning telur masin dan atasnya disapu dengan cecair emas, di mana anda boleh memilih ketulan kecil kuning telur.

Atau anda juga boleh mencuba donat itu bersama ais krim, kemudian dilengkapi dengan secawan kopi latte. Teruskan hidangan itu  jika anda mampu menerima keenakannya dan gula yang bersaiz America.

Tempat: 20-G Jalan Tun Mohd Fuad 2, TTDI.
Tel: 03 7733 4233.

YELLOW APRON

Pai kebahagiaan. Seksyen 17. Humble Pie Co telah memperluaskan empayarnya dengan mengoperasikan kedai mereka kepada dua tingkat.

Himpunan kek-kek mereka mampu membantu anda yang telah putus cinta di luar sana untuk kembali ceria.

Fikirkan keistimewaan coklat Grand Marnier, chai latte madu dan Earl Grey lavender mereka yang sangat enak. Sementara itu, pai manis mereka juga lebih sedap daripada  biasa – kerana ia mempunyai kerak biskut yang rapuh dan dimakan bersama inti krim yang sangat ringan.

Anda boleh memilih mana-mana perisa yang anda suka, antaranya ialah perasa Banoffee, mangga, strawberi, dan durian Musang King.

Tempat: 3 Jalan 13/6, Seksyen 13, PJ.
Tel: 03 7931 2077.

Sumber: http://www.elle.my/culturelle/Food-and-Drink/5-new-cafes-in-KL-you-need-to-try-now

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker