Sukan

Real Madrid lwn Atletico Madrid: UCL milik siapa?

Persaingan antara kedua=dua kelab Madrid menjadi lebih sengit baru-baru ini. Siapakah yang bakal menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah kali ini?

Real Madrid atau Atletico Madrid? Sekali lagi, kelab dari Madrid berjaya mara ke final selepas Real Madrid muncul juara dua tahun lalu. Manakala Atletico enggan terlepas meraih gelaran berprestij itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Bagi skuad kendalian Carlo Ancelotti, Real dianggap sebagai pasukan kegemaran apa tidaknya mereka memiliki Cristiano Ronaldo di jentera serangan. Gareth Bale dan Karim Benzema melengkapkan jentera itu manakala Luka Modric, Toni Kroos dan James Rodriguez mampu menguasai bahagian tengah.

Bagi anak buah Diego Simeone pula, Atletico menampilkan hasil kerjasam dan usaha bermati-matian untuk menewaskan lawan mereka dalam perjalanan ke final. Antoine Griezmann ternyata senjata utama Atletico bersama Fernando Torres. Bagaimanapun, barisan tengah dan pertahanan merupakan aset utama mereka.

Pertembungan final di San Siro, Milan bakal menjadi persaingan sengit sepanjang 90 minit penting. Apa yang pasti, prestasi atas kertas tidak menjaminkan kemenangan kerana kedua-dua pasukan Madrid ini akan turun ke padang dengan peluang yang seimbang.

Sama-sama kita saksikan final Liga Juara-Juara Eropah pada 29 Mei ini!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker