Teknologi

Earphone Will.I.Am: Tidak berbaloi?

Dengar sahaja nama Black Eyed Peas, pasti anda teringat Will.I.Am yang dianggap salah satu komposer muzik hip-hop terbaik pada generasinya. Jadi, adakah itu bermakna seandainya dia melancarkan alat muzik tersendiri maka kualitinya terjamin?

Berikut adalah 4 sebab mengapa ia tidak sehebat yang dijangkakan:

-Reka bentuk yang aneh

Setiap produk earphone perlu memiliki dua ciri=ciri yang paling penting iaitu kualiti audio yang hebat dan keselesaan untuk dipakai.

Penulis belum tahu sama ada produk ini mampu mengeluarkan audio yang hebat tetapi reka bentuk bertemakan ‘vinil’ tampak kurang selesa dalam telinga pengguna.

-Hanya eksklusif kepada pengguna gajet Apple sahaja

Memang benar, produk ini dicipta khas buat pengguna produk Apple sahaja seperti iPhone dan iPad. Pengguna Android dan selainnya, harap maaf anda tidak patut membeli produk ini.

=Harga melampau! USD230 (RM 950)

Sedangkan ia merupakan produk pertama yang dilancarkan Will.I.Am, harga yang menghampiri RM1,000 adalah terlalu tinggi untuk kebanyakkan pengguna! Anda pasti lebih berpuas hati dengan pilihan yang lebih mampu dimiliki.

-Terlalu banyak gimik

Selain tema vinil, earphone bluetooth ini diiringi sebuah buku lifestyle yang dicipta oleh Will.I.Am sendiri…

Ini merupakan salah satu produk yang mengingatkan anda supaya lebih teliti dengan barang yang ingin dibeli. Kualiti perlu terjamin sebelum memandang jenama!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker