Gaya HidupKecantikan

Dida: Jenama Makeup Malaysia Baru, Yang Bakal Menjadi Kegemaran Anda!

Malaysia telah mengeluarkan produk gincu baru, yang setanding dengan produk keluaran artis AS terkenal Kylie Jenner. Pengasas bagi produk ini adalah Tengku Chanela Jamida, wanita yang terkenal dengan citarasanya yang sempurna dalam industri fashion, dan rakan kongsi perniagaannya Didie Nasir.

dida-tcdd
Keluaran pertama jemana itu dinamakan Velvet Matte Lip Creme, Rm45, gincu cecair yang sangat moden dan mampu menghidupkan “antena” kecantikan semua wanita. Semua tentang produk ini; daripada pembungkusan dan kepada kelima-lima warna gincu itu, boleh menyaingi mana-mana jenama makeup terkemuka.

Berikut adalah antara info yang diberikan oleh Tengku Chanela Jamida tentang produk beliau:

Apakah cerita disebalik Dida?

Jenama ini ditubuhkan dua bulan lalu daripada idea yang muncul ketika dalam perjalanan, di jalan raya! Ia adalah satu kisah dua sahabat, pencinta kecantikan, dan bercita-cita tinggi. Didie dan saya sudah lama bercakap tentang mahu memulakan sesuatu. Dia lebih berminat dalam bidang makeup berbanding saya, jadi apabila dia mencadangkan perniagaan ini, dan mengatakan bahawa ianya amat sesuai untuk kami berdua, saya setuju dengan serta-merta. Kami hanya dua wanita, isteri, ibu, adik-beradik dan anak-anak perempuan yang ingin memperbaiki kehidupan keluarga kami dan ingin membuat orang lain berasa bahagia dan cantik.

Apakah falsafah kecantikan terhadap jenama ini?

Daripada wanita kepada wanita – semua jenis wanita boleh memakai gincu Dida ini, tidak kira apa latar belakang mahupun gaya hidup anda.

12093568_462561500600460_243025135_n

Mengapa anda memilih untuk memulakan dengan Velvet Matte Lip Creme?

Setiap orang memerlukan gincu yang terbaik! Saya percaya bahawa lip creme kami benar-benar boleh membantu menambah ekstra “Ummphh!” terhadap pakaian atau mood anda untuk hari itu. Ia adalah sesuatu yang wanita gunakan setiap hari.

Apakah yang menjadi inspirasi terhadap pemilihan warna dan formula jenama anda?

Didie belikan saya gincu L.A. Girl matte lip creme semasa beliau melawat New York dan saya terus jatuh cinta dengan produk itu. Terutama sekali dengan tempoh di mana produk Lip Kit Kylie Jenner sedang hangat di pasaran, masanya adalah tepat sekali. Warna-warna yang telah dibuat adalah supaya ianya sesuai untuk dipakai oleh semua orang.

dida-colors

Adakah ada produk lain yang perlu kami nanti-nantikkan?

Fokus kami adalah pada makeup. Kami akan perlahan-lahan memperkenalkan rangkaian yang lebih luas dan kini kami sedang sibuk dengan pembangunan produk kami

13181358_280736032269863_1588692170_n

Siapakah wanita Dida itu?

Pelajar, ibu, wanita bekerjaya, kerana makeup adalah sesuatu yang sangat diperlukan. Makeup kalis air kami sangat tahan lama sehinggakan anda tidak perlu untuk memperbaikinya. Pada masa kini kita tidak mempunyai masa untuk memperbaiki gincu kita. Kami membuat ia mudah untuk semua jenis wanita yang sentiasa bergerak.

Apakah peraturan makeup anda dan adakah ia diterjemahkan dalam jenama anda?

Saya selalunya memilih makeup yang ringan di muka dan berat di bibir. Saya rasa semua yang anda perlukan adalah satu gincu yang hebat dan anda sudah bersedia untuk meneruskan hari anda!

13188121_1717410248498956_1778720079_n

Sumber: http://www.elle.my/beauty/News/Local-makeup-brand-Dida-launches-with-a-lip-creme , http://iconosquare.com/didaforwomen

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker