Sukan

Bukan sekadar anugerah, ia satu pembakar semangat.

Kredit Imej: Berita Harian

Anugerah Sukan Negara ibarat Golden Globe Awards buat atlet-atlet Malaysia namun ia lebih bermakna daripada itu. Anugerah olahraga dan olahragawati terbaik merupakan kehormatan terbesar dalam arena sukan negara.

Acara tersebut menyaksikan atlet silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari dinobatkan selaku olahragawan kebangsaan manakala ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg meraih gelaran ketiganya. Tahniah diucapkan!

Apa yang penting di sini adalah semangat kesukanan atlet-atlet yang tercalon kepada generasi muda. Sukan di Malaysia bukan lagi sekadar main-main malah ia mempertaruhkan maruah negara dengan harapan dapat mencipta keajaiban.

Bawah naungan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, KBS telah melabur berjuta-juta ringgit untuk meletakkan Malaysia di pentas antarabangsa. Jadi, ini merupakan peluang dan masa yang terbaik bagi adik-adik yang mempunyai impian sebagai atlet negara.

“Kilauan pingat yang diraih bukan datang hasil kerja di gelanggang sahaja, tetapi keringat berpuluh tahun lamanya hasil sokongan keluarga, jurulatih, penyokong dan masyarakat yang menjadi tonggak harapan dalam detik-detik mencabar,” kata Khairy.

Menjelang Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, semangat kesukanan seperti ini mampu menyatukan rakyat untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet seperti Al Jufferi dan Pandelela.

Pada pendapat penulis, saingan Olimpik bakal menjadi satu acara yang amat menarik bagi rakyat Malaysia. Ia merupakan persiapan terbaik sebelum memulakan misi menjuarai Sukan SEA 2017 di laman sendiri.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker