Sukan

Beri peluang kepada skuad ragbi negara!

Setelah menjuarai Kejohanan Ragbi Divisyen 1 baru-baru ini, adakah skuad negara bersedia menghadapi cabaran di pentas Asia? Apapun, Malaysia perlu mendapat persetujuan daripada pihak Ragbi Asia terlebih dahulu.

Mengapa tidak membenarkan sahaja Malaysia menyertai Divisyen Utama Ragbi Asia? Cabaran di peringkat utama ternyata lebih mencabar tatkala kejohanan itu ditakluk kuasa-kuasa besar seprerti Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Lebih lagi, persiapan untuk diiktiraf sebagai pasukan Divisyen Utama menelan kos yang amat tinggi apatah lagi Malaysia tidak mempunyai padang ragbi berstatus antarabangsa.

Malaysia perlu belajar daripada pengalaman Filipina yang bermain selama dua musim di divisyen utama sebelum prestasi kecundang sehingga mereka terus bermain dalam Divisyen 1 semula.

Keaadaan ini perlu diberikan perhatian kerana skuad ragbi negara perlu mendapat sokongan rakyat dan terutama sekali Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya mereka benar-benar mahu menaik darjat.

Tahun depan, temasya Sukan SEA 2017 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persoalannya mampukah skuad ragbi Malaysia membuktikan kemenangan berharga mereka bukan sekadar nasib?

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker